Mekap dengan wanita memang tak dapat dipisahkan. Ada yang suka bermekap tebal, dan ada yang suka mekap simple-simple jer. Abang Jim sebenarnya suka melihat wanita yang memakai mekap biarpun nampak tebal.
Tapi kalau tanya pada lelaki lain, mostly orang lelaki akan menjawab mereka sukakan wanita yang biasa-biasa sahaja.
Maksudnya kat sini, orang lelaki sebenarnya tidak berapa gemar jika teman wanitanya memakai mekap yang terlalu tebal. Perempuan yang gemar memakai mekap tebal, mesti korang tertanya-tanyakan?
Jom baca 5 alasan ringkas kenapa lelaki tak suka perempuan memakai mekap tebal.
Nampak Wanita Lebih Yakin
Lelaki memandang keyakinan seorang wanita itu sebagai sesuatu yang seksi dan bukan pada wajah yang dimekap tebal semata-mata. Sebenarnya sukar untuk seseorang wanita yang telah terbiasa mengenakan mekap yang tebal untuk meninggalkan alat soleknya.
Sebab bagi mereka, mekap bertujuan untuk tampil lebih yakin. Tapi, kalau korang berani untuk keluar tanpa mengenakan secalit mekap, percayalah bahawa korang akan jelas kelihatan lebih seksi kerana keyakinan korang itu.
Tak Suka Wanita Terlalu Over!
Lelaki sukakan wanita yang cantik tetapi tidak suka dengan wanita yang terlalu obses dengan kecantikan. Nak keluar ke kedai mamak pun, korang ambil masa yang lama mengenakan solekan yang tebal seperti mahu ke majlis makan malam! Kaum lelaki tidak mahu pasangan mereka terlalu bergantung kepada solekan sehingga tidak boleh hidup tanpanya.
Baca artikel ini: 7 Tanda Lelaki Sedang Cemburu
Suka Tengok Wajah ‘Naked’ Seperti Baru Bangun Tidur
Apa yang pasti, korang tidak akan mengenakan sebarang mekap semasa korang tidur. Lelaki menganggap rupa paras wanita yang baru bangun tidur itu sangat seksi. Bukan itu sahaja, wajah anda yang natural itu membuatkan si dia terbayang-bayang rupa paras anda ketika tidur di sebelahnya setelah anda berdua berkahwin nanti.
Tidak Suka Menunggu Untuk Bersiap Lama
Setiap kali korang ada temu janji dengannya, pasti si dia harus menunggu korang di dalam kereta. Sebabnya korang mengambil masa terlalu lama untuk bersiap. Lelaki sememangnya tidak suka menunggu, jadi dia lebih suka korang keluar tanpa mengenakan apa-apa solekan untuk menjimatkan masanya.
Hendak Si Cinta Hati Cantik Luar & Dalam
Awal-awal kenal memang pilih yang cantik luaran tetapi lama kelamaan, sekiranya korang cantik tetapi tidak pandai mengambil hati, kuat merajuk, suka membebel atau sering menyusahkannya, akhirnya si dia akan bosan. Jadi, cantik luaran dan dalaman itu sama-sama penting untuk memikat hati lelaki.
Macam mana? Adakah korang masih suka bersolek tebal? Terpulang pada diri sendiri dan ikutlah selera pasangan.
Baca artikel ini: 5 Fobia Aneh Yang Korang Kena Tahu