Membeli-belah atau shopping memang best. Orang kata terapi minda. Tak pun reward untuk diri sendiri selepas penat bekerja atau belajar. Tapi kalau nak berbelanja pun, kena tengok jugak status diri. Senang cakap tengok poket.
Kalau ada duit banyak baru seronok sikit nak memborong. Tapi tak semua berkemampuan untuk bershopping walaupun hati nie teringin nak pakai barang-barang branded. Walaupun barangan tue bukanlah daripada gred A, kalau dapat apa yang kita nak dah cukup buat kita senyum sampai telinga.
Tapi untuk korang yang rasa tak mampu nak beli barang mahal-mahal, tak payah sedih-sedih. Korang boleh jer membeli barangan branded terpakai dengan harga yang murah. Kenapa perlu malu pakai barangan preloved atau bundle? Orang kata ukur baju di badan sendiri. Namun terdapat perbezaan antara preloved dan juga bundle. Kat sini ada beberapa kelebihan kalau korang pakai preloved. Check it out…
- Jenama asli
Barangan preloved yang dijual kebanyakkan adalah daripada jenama original, namun dijual pada harga murah. Barangan berjenama seperti beg tangan, kasut, baju malah perkakasan elektronik juga boleh dibeli pada harga berpatutan.
- Model edisi terhad
Ada sesetengah barangan yang dijual secara preloved juga adalah daripada model edisi terhad yang sukar untuk diperoleh di mana-mana
- Lebih murah
Walaupun barangan yang dijual tergolong dalam kumpulan jenama mewah antarabangsa, ia dijual jauh lebih murah berbanding harga asal dengan kualiti yang sama dan mempunyai nilai sentimentalnya yang tersendiri.
- Tiada kerosakan
Barangan preloved yang dijual biasanya tidak mempunyai kerosakan yang teruk malah ia nampak seakan-akan seperti barangan baru.
- Untuk semua golongan
Kini untuk memiliki barangan daripada jenama mewah tidak terhadap pada kelompok kumpulan tertentu. Orang biasa daripada pelbagai lapisan masyarakat juga boleh memiliki barangan daripada jenama kegemaran mereka pada harga mampu milik. Bahkan ada barangan yang dibawa masuk dari luar negara.
Tapi berbeza pula dengan bundle yang lebih digemari oleh kelompok remaja terutamanya golongan pelajar. Harganya yang jauh lebih murah berbanding preloved lebih menjadi pilihan walapun hanya berjenama biasa.
Pakaian bundle nie adalah barangan yang diimport daripada luar negara seperti AS, Jepun, Korea, UK dan negara-negara eropah yang lain. Sebab apa panggil bundle? Sebab biasanya barang-barang nie diaorang masukkan dalam guni secara bundle.
Tapi tak semestinya barang bundle nie adalah barangan lama. Ada juga baju-baju baru yang siap ada tagging harga lagi, tapi dijual secara borong dengan harga murah sebab dah jadi produk reject atau stok lama dari kedai. Kat sini ada beberapa ciri barangan bundle. Jom semak…..
- Jenis pakaian bundle
Ada macam-macam dari kemeja, T-shirt, seluar jeans sampaikan baju dalam pun ada yang diaorng jual. Selain pakaian, ada juga produk lain seperti kasut, beg tangan, tali pinggang sehingga barang seperti toto, selimut, langsir yang belum pernah digunakan.
- Berkualiti
Mostly tak semua orang sanggup pakai baju bundle sebab beranggapan ia kotor dan pernah digunakan oleh orang lain yang tidak diketahui statusnya. Tapi sebenarnya ada diantara barang-barang bundle nie diimport dari luar negara dan berkualiti tinggi. Untuk mereka yang pentingkan jenama, ada sesetengah item bundle nie memang mempunyai jenama terkenal seperti Levi’s, Dockers, Lee, Polo dan macam-macam lagi.
- Selamat
Selamat tue maksudnya barang-barang bundle nie dijamin bebas daripada penyakit berjangkit dan bersih. Sebelum dijual, barang-barang bundle nie akan dibasuh terlebih dahulu dengan bahan kimia untuk membunuh kuman dan mengelak daripada terkena jangkitan penyakit.
So far min belum pernah lagi baca berita orang mati sebab kena jangkitan penyakit sebab pakai barangan bundle. Apa-apa pun tepuk dada, tanya selera korang. Min sendiri pun pakai bundle, hensem jer tengok..cia..cia..cia..cia..