Panas-panas ni kalau dapat pekena aiskrim, fuhh! Tak ada ke siapa-siapa yang nak belanja Abang Jim Aiskrim. Tak payah mahal-mahal, dapat aiskrim Malaysia yang 50 sen tu pun dah syukur nikmat.
Guys! Talking about ice cream, korang suka aiskrim berperisa apa? Kalau tanya kat Abang Jim la, abang suka aiskrim yang ada flavour buah-buahan. Rasa segar jer kat tekak. Korang mesti terbayang keenakan lemak aiskrim betul tak?
Kalau korang nak tahu, personaliti diri seseorang sebenarnya boleh diketahui melalui perisa aiskrim kegemaran tau. Nak tahu tak apa antaranya? Jom baca kat sini!
- Vanilla
Vanila adalah perisa ais krim yang paling minimalis. Tetapi, lazimnya, orang yang meminati aiskrim berperisa vanila ni adalah seorang yang periang, sukakan warna-warni, bijak mengikut gerak hati serta seorang yang berani mengambil risiko. Yup! Mereka ini adalah golongan yang lebih gemar untuk bersandar pada gerak hati berbanding logik akal. Menurut kajian oleh ahli neurologi Dr. Alan Hirsch iaitu pengasas kepada Smell and Test Treatment and Research Foundation, penggemar aiskrim vanilla lebih berfikiran terbuka, gemar berterus-terang dan terdorong untuk memiliki hubungan cinta yang lebih Bahagia.
- Strawberry
Penggemar perisa strawberi memiliki sifat bertolak-ansur, setia, dan pendiam. Peminat perisa beri juga mungkin lebih ke arah pemikiran logikal serta bertimbang-rasa. Betul ke?
- Coklat
Penggemar aiskrim berperisa coklat sering digambarkan mempunyai ciri-ciri seorang penggoda. Wow! Korang dikatakan gemar bermain cinta, suka menggoda, menawan dan sangat energetik. Tetapi malangnya, korang mudah sangat percaya cakap-cakap orang. Sedikit nasihat untuk para peminat aiskrim coklat, jaga-jaga supaya tidak mudah tertipu okay?
- Pudina bersama cip coklat (Mint Chocolate Chip)
Korang selalu serabut? Ha, mesti korang gemarkan aiskrim berperisa Pudina Cip Coklat! Menurut Dr. Alan, orang yang gemarkan perisa ini adalah seorang yang bercita-cita tinggi, berkeyakinan, sederhana namun suka bertengkar. “Golongan ini tidak akan berpuas hati selagi kehendak dirinya tidak dipuaskan.” Walau bagaimanapun, pencinta aiskrim Pudina Cip Coklat dikatakan serasi dengan sesiapa pun.
- Sherbet pelangi
Orang yang suka aiskrim berperisa buah-buahan ni digambarkan sebagai seseorang yang sangat pesimis. korang suka berfikiran negatif sebelum nampak kebaikan sesuatu terlebih dahulu. Cepat sangat membuat andaian sendiri. Bukan itu sahaja, golongan ini juga digambarkan mempunyai personaliti yang tegas serta analitik.
- Kopi
Penggemar aiskrim berperisa kopi ni digambarkan mempunyai personaliti yang bersemangat, ceria, artistik dan dramatik (suka melebih-lebih). Dr. Alan berkata, peminat aiskrim Kopi tidak berminat untuk memikirkan tentang masa depan mereka kerana terlalu menghargai masa sekarang. Korang yang suka aiskrim berperisa kopi ni juga memerlukan belaian dan manja yang berterusan daripada pasangan andainya mahu mengekalkan sesebuah hubungan. Jika tidak, bye-bye!
- Cip coklat
Jika korang gemarkan aiskrim berperisa coklat klasik ni, korang adalah seseorang yang sangat pemurah, cekap dan sentiasa hendak berjaya.
- Butter pecan
Penggemar aiskrim perisa berkacang ini selalunya setia, teliti dan hormat. Mereka sangat takut untuk menyakiti hati orang lain dan begitu mementingkan kejujuran.
- Rocky road
Marshmallow, almond dan coklat sememangnya kombinasi yang mengiurkan! Jika ini perisa aiskrim kegemaran korang, so korang digambarkan sebagai seorang yang agresif dan menarik. Dalam masa yang sama, korang juga adalah seorang pendengar yang baik. Mereka yang gemarkan perisa ini juga adalah orang yang sering mengecapi kejayaan tetapi disebabkan sifat agresif mereka, kadang-kala mereka cenderung untuk mengecilkan hati orang disekelilingnya.
So dah faham sekarang? Jangan lepas dah baca artikel ni dan-dan korang nak tukar flavour aiskrim kegemaran korang pulak! Abang Jim tetap setiap dengan perisa aiskrim buah-buahan walaupun…..oklah nak pergi kedai beli aiskrim. Daaa!