Mana kaki gamer sekalian? Tunjuk muka sikit Abang Jim nak tengok. Abang Jim yakin, lepas kaki gamer tengok gambar-gambar ni, mesti diaorang taubat nak main game lama-lama.
Bukan apa guys, baru-baru ini satu patung dengan rupa yang agak menyeramkan telah dicipta bagi menggambarkan bagaimana gamer tegar akan kelihatan dalam masa 20 tahun.

Gambar tu menunjukkan kesan permainan komputer ke atas tubuh manusia. Ia merupakan kajian yang dijalankan oleh sebuah laman web Kanada.
Untuk pengetahuan korang, patung tu telah diberi nama Michael. Menurut penyelidikan, peminat game secara puratanya menghabiskan sekitar enam jam seminggu di atas talian. Angka tersebut meningkat sebanyak 19.3% dari tahun lepas.

Selain kekurangan tidur dan kekurangan vitamin D, gamer juga boleh mendapat ekzema yang disebabkan oleh tekanan, serta postur yang lemah.
Walaupun kedengaran tidak begitu berbahaya, tetapi kesannya akan terbukti dalam jangka masa yang panjang.
Baca artikel ini: Covid19: Haiwan amalkan Jarak Sosial Cuit Hati Netizen
Berdasarkan model patung tersebut, Michael mempunyai lengkuk pada tengkoraknya diakibatkan daripada tekanan headphone, yang turut menyebabkan keguguran rambut.

Selain itu pemakaian headphone yang berterusan juga dapat membuat telinga berbulu kerana kekurangan peredaran udara.
Tambahan pula, mata Michael juga berurat dan merah (bloodshot) akibat kekurangan tidur dan terdedah pada cahaya skrin dalam masa yang lama.
Tubuhnya menjadi bongkok akibat kekurangan pergerakan dan duduk dalam postur yang salah, serta perut menjadi buncit atau obesiti kerana tabiat makan makanan ringan.

Ketagihan permainan komputer kini diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai satu masalah kesihatan mental sebenar.

Pemain game dinasihatkan untuk memastikan mereka melakukan senaman secara konsisten, bermain dalam bilik yang terang untuk mengelakkan ketegangan mata, memakan makanan yang sihat, dan menggunakan kerusi yang bagus agar postur badan tidak rosak.
Hurm. Tak salah kalau korang nak main permainan video, tapi biarlah secara tersusun. Janganlah menghadap skrin komputer tu berjam-jam sampai kesihatan korang pun tak terjaga.
Baca artikel ini: Ketahui 9 Maksud Di Sebalik Warna Yang Korang Suka