Ketahui 9 Maksud Di Sebalik Warna Yang Korang Suka

Setiap daripada korang mesti mempunyai warna kegemaran masing-masing. Apa warna kegemaran korang? Ada yang geng biru tak macam Abang Jim?

Untuk pengetahuan korang, warna boleh mempengaruhi kehidupan seseorang sekaligus memperlihatkan karakter dalam diri individu tersebut. Berikut merupakan sembilan jenis warna berserta maksud di sebaliknya:

Merah

Merah merupakan warna yang mengghairahkan. Bukan itu jer, warna merah juga banyak dikaitkan dengan simbol percintaan dan kebencian. Individu yang berminat dengan warna ini mempunyai keperibadian sangat luar biasa. Ini kerana, mereka lebih cenderung untuk melakukan apa sahaja asalkan mereka dapat apa yang diinginkan. Ia menunjukkan seseorang itu bersikap terbuka dan boleh menerima perkara baharu dalam kehidupan mereka.

Biru

Warna yang melambangkan ketenangan dan paling sesuai digunakan untuk warna tema di bilik tidur korang. Selain memberi ketenangan, warna biru juga menggambarkan seseorang yang begitu peka akan perasaan orang sekelilingnya. Kebanyakan individu yang meminati warna biru ini biasanya sangat dihormati dan dikagumi orang ramai.

Kuning

Warna yang begitu simbolik dengan kegembiraan. Korang yang meminati warna kuning sangat mementingkan kebahagiaan dan keceriaan. Selain itu, warna kuning juga berkait rapat dengan kekuatan, sikap berwaspada dan ketelitian dalam melakukan sesuatu perkara. Menerusi warna ini, korang jelas mempunyai sikap spontan dan toleransi yang sangat tinggi.

Hijau

Hijau melambangkan aura positif dan semula jadi. Warna ini sangat berkait dengan kesihatan dan kesejahteraan seseorang dalam kehidupan. Memiliki sedikit persamaan dengan warna biru, warna hijau mampu membangkitkan rasa kedamaian dan ketenangan. Bagi penggemar warna hijau, korang biasanya bersikap positif dan santai dalam semua perkara. Korang juga tergolong sebagai orang yang sabar dan cenderung mengundurkan diri apabila berlaku perubahan di persekitarannya.

Baca artikel ini: Lapar tapi takut nak makan selepas bersenam? Jom amalkan diet ni

Oren

Warna oren melambangkan keriangan dan perasaan yang hangat. Mereka yang meminati warna oren cenderung bersifat ceria dan ramah. Selain itu, mereka juga bijak menarik perhatian orang sekeliling meskipun kelihatan agak sedikit mengada-ada dan kurang kasih sayang.

Ungu

Warna ungu dikategorikan sebagai warna yang menyenangkan dan membantu meredakan suasana tegang. Selain itu, korang yang menggemari warna ungu dikatakan memiliki perwatakan unik kerana tahap keyakinan mereka berbeza daripada yang lain. Mereka sangat sensitif, mudah terluka namun meminati bidang seni.

Hitam

Hitam sebenarnya disimbolkan sebagai kegagahan meskipun negara Barat kebanyakannya menganggap ia sebagai warna kematian. Penggemar warna hitam menunjukkan korang memiliki sifat kuat, tabah dan produktif.

Putih

Warna putih melambangkan keharmonian dan keseimbangan dalam penyatuan. Warna putih juga sering dianggap sebagai simbol kesucian dan kemurnian hati seseorang. Penggemar warna ini mempunyai keperibadian yang gemar membantu siapa sahaja tatkala memerlukan pertolongan.

Merah jambu

Penggemar merah jambu mempunyai sifat yang lembut. Malahan, ada juga pendapat yang menyatakan bahawa terdapat satu maksud mendalam seperti pengharapan cinta kepada seseorang yang disayangi.

So dah tahu dah sifat keperibadian korang berdasarkan warna? Jangan lepas dah baca artikel ni tiba-tiba korang nak tukar warna kegemaran pula yer.

Baca artikel ini: Tahniah anda dah dewasa! 7 tanda menunjukkan anda semakin matang

Read Previous

Selain Lesung Pipit, Dagu Terbelah Juga Jadi Pujaan Ramai

Read Next

Lelaki Kecewa Rambut Palsu ‘Cair’ Sewaktu Sedang Memikat Wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nine + fifteen =