Korang ada tak member-member korang yang ada dagu jenis terbelah? Atau korang sendiri yang ada jenis dagu yang macam tu? Abang Jim dulu sanggup guna duit syiling gosok hari-hari kat dagu sebab nak dapatkan bentuk dagu terbelah macam tu tau. Sebab boleh menampakkan seseorang itu lebih menarik.
Selain lesung pipit, dagu terbelah juga seringkali menjadi idaman bukan sahaja wanita tetapi juga lelaki. Mereka yang mempunyai belahan di tengah dagu kelihatan sangat unik dan istimewa.
Orang yang dagu terbelah ini mempunyai daya tarikan pada wajah mereka. Kalau yang lelaki akan kelihatan bertambah kacak. Manakala yang perempuan kelihatan bertambah cantik.
Bukan itu sahaja, belahan pada dagu ini akan menyerlahkan lagi simetri di mana seseorang akan tampak fotogenik. Dagu terbelah umpama pelaris sebab korang akan kelihatan lebih menarik di mata orang lain.
Ada juga yang berpendapat bahawa lekuk ini merupakan kecacatan kecil yang ada pada wajah seseorang, sama seperti lesung pipit. Namun, sebenarnya lekuk inilah yang menjadikan korang akan kelihatan lebih ‘mahal’ dan sesuai untuk dijadikan model di mana-mana majalah atau iklan.
Baca artikel ini: Lelaki merajuk apa nak buat ni? Cuba 5 tip ni
Memiliki dagu terbelah akan kelihatan begitu mempersonakan. Sebab tu ramai pemilik dagu terbelah rata-ratanya akan menjadi pujaan ramai disebabkan keunikan bentuk dagu mereka.
Namun masih ada juga mereka di luar sana yang berpandangan buruk dan tidak senang dengan kelebihan yang diberikan ini.
Sebagai contoh, orang yang ada dagu terbelah ni diejek dan dipersendakan dengan menyamakan dagu terbelah itu menyerupai bahagian punggung manusia.
Perkara ini merupakan salah satu penyebab individu itu tidak yakin dengan diri mereka.
Alah! Pedulikan jer kata-kata dan pandangan negatif manusia. Tak semua orang dilahirkan dengan dagu yang unik macam tu okey. Sampaikan ada yang sanggup buat pembedahan plastic semata-mata untuk mendapat dagu terbelah tu.
Baca artikel ini: Evolusi trend fesyen ikut peredaran zaman