Lelaki merajuk apa nak buat ni? Cuba 5 tip ni

Sumber: saudari.com

Guys, jangan ingat orang perempuan jer yang boleh merajuk tau. Lelaki pun sama juga walaupun lelaki kalau merajuk tak ada laa sampai Tarik muncung sedepa. Atau sebenarnya memang ada lelaki yang merajuk macam tu? Hahahah.

Tak kisah laa..Sebenarnya tak salah pun sama ada perempuan atau lelaki nak merajuk. Semua orang ada hati dan perasaan. Tapi kalau lelaki merajuk mungkin benda tu nampak macam tak berapa nak kena sebab seorang lelaki haruslah mempunyai jiwa yang kental, gagah dan berani.

So untuk pada gadis diluar sana yang dah ada suami atau boyfriend, pernah tak korang berdepan dengan situasi pasangan korang merajuk sebab salah korang? Apa kaedah atau pendekatan yang korang buat untuk pujuk  mereka ek? Kalau tak tahu meh baca 5 tip pujuk lelaki merajuk.

  • Beri masa dan ruang

Konflik terjadi bila kedua-duanya berasa marah. Mungkin salah satunya tersembur kata-kata yang tak sepatutnya. Ambil masa untuk bertenang dan cari jalan penyelesaian sebaik mungkin. Bila masing-masing dah tenang, sikit-sikit akan mula timbul perasaan sayang tu nanti.

  • Masakan makanan kegemarannya

Dah tentulah korang kena tahu apa makanan kegemarannya. Masakan apa yang suami atau boyfriend korang selalu puji kalau korang yang masak. Pepatah ada cakap, nak pikat suami, kena jaga perut dia dulu. Maksudnya lelaki ni, asalkan kau pandai masak, dia akan ok jer. Percayalah rasa marah seseorang lelaki itu akan berkurangan apabila korang ambil effort dan ikhlas dalam masakan yang korang buat tu.

  • Gunakan media sosial

Dalam perkembangan teknologi hari ini, apa kata korang cuba ambil semula hati pasangan korang yang tengah merajuk tu dengan menghantar posting-posting lucu atau video kelakar. Kalau boleh benda di dibuat secara personal antara kau dengan si dia. Bukannya kau sebar dalam media sosial bagi satu dunia tahu.

  • Menangis dan menyesal

Hati lelaki ni keras macam batu, tapi mudah lembut. Lelaki memang akan lemah dengan perempuan yang mudah menangis sebab itu sifat semula jadi lelaki. Tapi jangan pulak korang menangis macam orang mati laki! Menangis tu tanda korang menyesal dan amat menyayangi dirinya.

  • Hubungi seperti biasa

Mengalah. Mungkin itu cara terbaik yang korang boleh buat. Lagi bagus kalau korang minta maaf atas apa yang berlaku. Buang ego masing-masing dan semuanya akan kembali jernih.

So girls, dapat dah? Kalau dah berbaik semula nanti buat laa lagi yer. Lepastu ulang tip yang sama jer. Hahahaha..Daaa!

Read Previous

Nak belajar sampai PhD? Boleh ikut tip berikut

Read Next

Sebab kenapa kucing benci air?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 − three =