Korang yang sedang berdiet dan rajin melakukan senaman mesti sangat menjaga soal pemakanan. Ada orang memang kawal seketat mungkin menu harian yang diambil supaya segala usaha yang dilakukan tidak sia-sia.
Yer laa..dah penat-penat berjoging 10km, habis bersenam terus melantak roti canai kuah banjir. Pekena pula teh Tarik ‘kaw’, so apa gunanya korang bersenam?
Tak salah sebenarnya kalau korang nak makan walaupun selepas bersenam. Perut yang lapar tu perlu juga diisi untuk mengekalkan sumber tenaga bagi menjalani rutin harian. So kat sini min nak kongsi serba sedikit makanan yang korang boleh ambil selepas bersenam.
- Quinoa
Kalau korang tak nak ambil nasi, korang boleh gantikan pengambilan sumber karbohidrat tu dengan quinoa. Menurut kajian, quinoa mempunyai kandungan protein dua kali ganda lebih tinggi berbanding bijirin lain.
- Air kosong
Kalau korang berasa lapar selepas bersenam, korang boleh ambil minuman air kosong antara 2 hingga 3 gelas untuk mengalas perut. Selain itu air kosong juga sangat bagus untuk mengekalkan tenaga dan hidrasi.
- Salmon grill
Korang suka ikan? So korang boleh cuba menu salmon yang digrill tanpa minyak. Ikan salmon mempunyai kelebihan sumber Omega 3 dan juga protein yang lengkap.
- Kekacang
Lepas bersenam juga korang boleh makan makanan berasaskan sumber kekacang. Kajian menunjukkan kekacang sangat bagus untuk memulihkan otot selain boleh membuatkan korang berasa kenyang.
- Pisang
Selepas kehilangan tenaga setelah bersenam, korang boleh mengambil pisang untuk memulihkan tenaga selain ia membekalkan sumber karbohidrat yang baik untuk tubuh badan. Selain itu pisang juga boleh menambahkan kandungan glikogen dalam badan.
- Buah oren
Buah oren antara buah-buahan yang sangat bagus untuk diambil selepas bersenam. Buah oren mengandungi sumber potassium yang lebih banyak berbanding dengan air pembekal tenaga, isotonik.
So sekarang korang dah tahu antara sumber makanan yang boleh diambil selepas bersenam tanpa perlu risau lagi? Kalau macamtu, korang tak perlu lagi berlapar kerana ia boleh memudaratkan lagi diri korang ok. Selamat bersenam!