Lelaki dan solekan? 10 benda ni korang kena ada

Zaman sekarang, lelaki dan solekan bukanlah sesuatu yang asing apabila golongan  tersebut juga tampil lebih yakin dengan solekan tipis pada wajah.

Seolah-olah sudah menjadi trend hari ini, lelaki moden tidak kira sama ada pelajar mahupun yang telah bekerjaya sangat menitikberatkan soal penampilan bukan sahaja daripada segi pakaian, bahkan tatarias pada wajah. 

Mungkin ada dalam kalangan korang lelaki diluar sana menjadikan imej atau Teknik penjagaan wajah melalui penampilan artis-artis Korea atau Oppa. So kat sini min nak kongsikan sedikit 10 barang solekan yang korang perlu ada untuk tampil lebih yakin dan menyerlah.

  • Mist

Untuk sentiasa tampil dengan wajah yang segar, korang wajib kena ada mist untuk semburan pada wajah. Semburan mist ni akan membuatkan kulit muka korang sentiasa bampak segar selain ia mudah untuk dibawa.

  • Aloe vera

Sebelum korang memakai solekan, pastikan korang oles sikit krim lidah buaya atau aloe vera supaya kulit kekal lembap dan memudahkan untuk solek. 

  • Water Cream

Krim berasaskan air ini juga digunakan sebelum mekap. Ia penting untuk lelaki yang sering berpeluh dan juga mempunyai masalah kulit kering. 

  • Sun Cream

Wajib digunakan supaya kulit tidak terbakar daripada sinaran UV. Sekarang ini ada produk yang khusus untuk Sun Cream iaitu Suncream Cushion yang boleh digunakan juga sebagai asas solekan. 

  • BB Cream



Satu benda wajib dipakai supaya menghilangkan masalah jerawat dan kulit yang kasar. BB Cream juga untuk membetulkan tona warna. Wajah korang akan kelihatan mulus dengan hanya menggunakan BB Cream dari Korea.

  • Foundation

Selepas BB Cream, mereka juga memakai foundation untuk tampak lebih mulus dan halus. Tapi ingat, pastikan rona foundation korang betul supaya ia sesuai dengan tona warna kulit korang. Dan lagi satu jangan guna banyak-banyak!

  • Brush atau Berus

Gunakan berus untuk meratakan mekap. Ia juga mudah dibawa ke mana-mana. 

  • Shading Brush & Powder

Teknik Shading digemari ketika ini dan ia sering dilakukan pada bahagian mata, hidung dan rahang. Mereka lebih gemar menggunakan shading powder berbanding krim. 

  • Eyebrows Pencil

Kebanyakkan Oppa akan menggunakan pensil eyes brow berbentuk kening empat segi. Namun cara mereka memakai celak ini tidaklah pekat sebalikya samar-samar saja.

Untuk lelaki yang hendak bersolek, pastikan solekan korang tu tidak berlebih-lebihan. Cukup sekadar dapat menutup cela [pada wajah korang dan membuatkan kulit wajah tampak lebih segar dan bermaya. Selamat mencuba!

Read Previous

Tahniah anda dah dewasa! 7 tanda menunjukkan anda semakin matang

Read Next

Video pertama yang di-upload dalam YouTube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × 3 =