5 Cara Mudah Pulihkan Badan Lesu, Penat

Pernah tak korang alami rasa penat keterlaluan sampaikan korang jadi lesu dan tertekan? Ada waktu-waktu tertentu Abang Jim sendiri pun akan rasa badan sangat letih.

Kalau Abang Jim rasa lesu dan penat, tidur adalah jalan penyelesaian terbaik untuk Abang Jim. Tapi selain tidur, korang boleh amalkan beberapa cara ini untuk mendapatkan badan yang cergas dan bertenaga. 

Minum air teh hijau

Minuman berkhasiat yang diamalkan masyarakat cina ini mampu memberikan kesegaran pada tubuh badan dan minda kerana teh hijau diperkaya dengan antioksida. Selain itu, teh hijau juga dapat mengurangkan kadar gula di dalam darah.

Senaman ringkas

Lakukan aktiviti senaman ringkas bila berada di rumah walaupun masa itu korang berasa penat. Ini kerana bekerja di pejabat yang berhawa dingin boleh menyebabkan otak tidak berfungsi dengan baik. Senaman ringkas dapat mengalirkan oksigen kepada otak, sekali gus badan akan berasa cergas seperti sedia kala. Tidur malam korang juga akan lebih lena selepas badan mengeluarkan peluh selepas melakukan aktiviti senaman ringan tersebut.

Baca artikel ini: 6 Selebriti Bukan Sahaja Cantik Tetapi Bijak!

Mandi air panas

Mandi air panas atau suam boleh membantu untuk melegakan otot badan. Selain itu, mandi dengan air panas juga boleh membuatkan korang berasa tenang, kerana air panas membantu untuk melancarkan peredaran darah. Bukan itu jer, air panas juga boleh membantu melegakan kaki korang yang penat tu.

Minum air limau

Cuba amalkan meminum air bersama perahan limau sebelum masuk tidur. Kalau tak ada, boleh gunakan lemon sebagai alternatif lain. Ia dapat membantu menangani penat badan agar keesokan harinya korang bangun dengan segar dan cergas.

Urut

Lakukan urutan seluruh badan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Jangan terlalu kerap melakukannya kerana ia boleh mendatangkan kesan negatif pada badan. Dengan berurut, Ia dapat menyegarkan kembali badan dan melancarkan peredaran darah.

Mudahkan? Memang ada waktu-waktu tertentu, badan kita akan tiba-tiba berasa penat. So lepas ni, kalau korang rasa lesu jer, bolehlah amalkan cara yang Abang Jim kongsikan tu. Moga bermanfaat untuk korang ok.

Baca artikel ini: Covid19: Haiwan amalkan Jarak Sosial Cuit Hati Netizen

Read Previous

6 Selebriti Bukan Sahaja Cantik Tetapi Bijak!

Read Next

8 Tanda Teman Lelaki Korang Bukan ‘Boyfriend Material’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fourteen − fourteen =