Kisahnya tentang seorang model dan juga selebriti Instagram bernama Vera Dijkmans yang menceritakan tentang pengalaman menakutkan yang dia lalui sebab terlalu cantik.
Menurut Vera, gadis berusia 22 tahun yang berasal dari Belanda ini pernah melalui hidup yang menakutkan sebab dia terlalu cantik sehingga ramai yang tergila-gilakannya.
Orang yang sukakan kecantikan gadis ini bukan sahaja lelaki, tetapi juga wanita. Kalau korang tengok gambar-gambar Vera kat Instagram, tak hairanlah jika dia sering diburu oleh peminatnya, bahkan ada individu yang sanggup berpindah ke Belanda semata-mata untuk berada dekat dengan Vera.
Sebab kecantikan yang dia miliki, setiap hari Vera akan dilamar sehingga 50 orang lelaki yang berumur antara 18 hingga 30 tahun. Bahkan ada juga wanita yang berani melamarnya untuk dijadikan kekasih.
Bukan setakat dilamar, Vera juga akan berikan hadiah pada setiap hari oleh individu yang tidak dikenali selain mendapat beratus-ratus bentuk cincin untuk menikahinya.
Tapi, benda yang paling menakutkan Vera ialah apabila ada lelaki yang tiba-tiba sahaja datang ke rumahnya pada waktu tengah malam.
Kejadian tu berlaku masa Vera sedang tidur sebelum pintu rumahnya diketuk berkali-kali oleh seorang lelaki yang mengaku adalah peminat setianya. Fuhhh!
Vera yang ketakutan memang tak buka laa pintu tu walaupun lelaki tersebut mengetuknya selama satu jam!
Vera ni dahulunya seorang penari. Pada usia 14 tahun dia telah berhenti daripada bersekolah sebab kesempitan hidup keluarganya. So dia mula bekerja dengan upah sebanyak € 8 (RM36.88) hingga € 10 (RM46.10) sejam.
Masa umur dia 18 tahun, Vera telah pergi ke Los Angeles untuk belajar menari sebelum dia terjumpa dengan seorang jurufoto terkenal yang akhirnya menjadikan dia model.
Susah juga jadi orang cantikkan? Nasib baik laaa Abang Jim ni lelaki yang baik. Tak memilih sangat pun soal paras rupa. Agittchewww!!!
So kalau korang nak tengok kecantikan Vera, korang boleh lawat Instagram dia dekat @veradijkmans.