6 Selebriti Bukan Sahaja Cantik Tetapi Bijak!

Seksi bukan hanya terletak pada rupa paras atau lekuk tubuh jer tau. Tapi ia boleh hadir dalam aspek yang lain seperti kebijaksanaan. Kebiasaannya, ramai yang menganggap artis atau selebriti tak kiralah sama ada dalam mahupun luar negara tidak memiliki pelajaran tinggi.

Korang silap yer. Kat sini Abang Jim akan senaraikan selebriti antarabangsa yang dikategorikan bijak dalam pelajaran. 

Natalie Portman (IQ 140)

Dia merupakan finalis ketika menyertai pertandingan Intel Science Talent Search di sekolah menengah dahulu. Portman mengambil jurusan neuroscience dan psikologi ketika menuntut di Universiti Harvard. Dia juga turut berkebolehan dalam bertutur bahasa Jepun, Arab, Perancis dan Jerman.

Emma Watson (IQ 138)

Aktres muda ini menamatkan pengajian dari Universiti Brown dan Universiti Oxford. Watson berjaya mendapat 8 A gred di GCSE dan dua markah A. Kini, Watson turut dipilih untuk menjadi duta United Nations.

Baca artikel ini: 10 Negara Gaji Doktor Tertinggi Di Dunia

Cindy Crawford (IQ 154)

Siapa yang tidak kenal dengan supermodel seksi ini? Crawford merupakan pelajar yang mempunyai gred tinggi di bangku sekolah. Dia juga merupakan lepasan dari Universiti Northwestern dalam jurusan Kejuruteraan Kimia.

Shakira (IQ 140)

Penyanyi terkenal antarabangsa ini merupakan Duta Muhibah UNICEF. Dia juga adalah President’s Advisory Commission untuk Educational Excellence buat komuniti Hispanik. Shakira turut berkebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris, Perancis, Itali dan Catalan.

Aishwarya Rai

Aktres Bollywood ini adalah pelajar kategori A ketika di kolej Ruparel India (sebahagian dari Universiti Mumbai). Aishwarya Rai menuntut dalam bidang perubatan tetapi kemudiannya menyambung pelajaran ke kolej Raheja untuk ijazah dalam jurusan seni bina. Dia juga fasih dalam berbahasa Hindi, Marathi, Tamil dan Inggeris.

Hani EXID (IQ 145)

Salah seorang ahli kumpulan EXID ini mempunyai skor IQ yang tinggi iaitu sebanyak 145. Bahkan, dia pernah mencatat rekod skor 900 dalam peperiksaan TOEIC yang mana skor penuh merupakan 990. Peperiksaan TOEIC adalah peperiksaan bahasa Inggeris yang direka untuk mengukur skil bahasa Inggeris bagi mereka yang mempunyai karier antarabangsa.

Hebatkan? Sesiapa sahaja boleh menjadi bijak tanpa mengira kerjaya seseorang. Menjadi selebriti bukan penghalang untuk seseorang itu tidak cemerlang dalam bidang akademik. Pilihan mungkin disebabkan minat dan juga bakat yang dimiliki seseorang.

Baca artikel ini: Wow! 5 Pekerjaan Yang Tak Terfikir Rupanya Wujud

Read Previous

Covid19: Haiwan amalkan Jarak Sosial Cuit Hati Netizen

Read Next

5 Cara Mudah Pulihkan Badan Lesu, Penat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 − one =