10 Negara Gaji Doktor Tertinggi Di Dunia

Dulu kat sekolah, asal cikgu tanya Abang Jim cita-cita nak jadi apa, mesti cakap nak jadi doktor. Tapi sekarang tak jadi pun. Bukan sebab tak pandai, tapi sebab takut darah. Hahaha!

Untuk menjadi doktor susah tau. Seseorang tu perlu menjalani pengajian yang panjang iaitu sekitar 5 tahun. Bukan itu jer, kos pengajian juga sangat mahal untuk ditanggung. So sesuailah kalau gaji dalam bidang kedoktoran antara yang mahal. Berapa yer agak-agaknya gaji seorang doktor? Kat sini Abang Jim akan bongkar 10 negara gaji doktor tertinggi di dunia.

New Zealand

Purata gaji tahunan doktor am: AS$96,000 (RM415,584)
Purata gaji tahunan doktor pakar: AS$138,000 (RM597,402)

Sistem perubatan di New Zealand boleh dikatakan antara yang terbaik di dunia. Kat sana, doktor baru yang masih di bawah penyeliaan (housemanship) biasanya menerima purata gaji bulanan antara AS$4,466 (RM19,333) dan AS$5,572 (RM24,121). Bagi doktor am atau biasa, mereka menerima sekitar AS$8,000 (RM34,632) manakala doktor pakar menerima AS$11,500 (RM49,783).

United Kingdom

Purata gaji tahunan doktor am: AS$118,000 (RM510,822)
Purata gaji tahunan doktor pakar: AS$131,000 (RM567,099)

Sejak penciptaan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) pada tahun 1948, United Kingdom sentiasa bangga dengan sistem penjagaan kesihatan percuma dan kualiti yang ditawarkan. Walaupun pernah berdepan dengan tindakan mogok oleh doktor di sana ekoran waktu kerja, UK terus membayar gaji yang lumayan untuk para petugas perubatan. Purata gaji bulanan bagi seorang doktor am yang bekerja 41.8 jam seminggu adalah sekitar AS$9,800 (RM42,424) manakala doktor pakar menerima sekitar AS$10,500 (RM45,454).

Belanda

Purata gaji tahunan doktor am: AS$117,000 (RM506,493)
Purata gaji tahunan doktor pakar: AS$252,000 (RM1.09juta)

Belanda dikatakan syurga dunia bagi para doktor. Ia merupakan tempat kerja yang didambakan di mana doktor ditawarkan dengan gaji yang tinggi, keadaan kerja yang baik, waktu kerja yang lebih pendek dan yang paling digemari, cuti yang banyak. Dari segi pendapatan, purata gaji bulanan seorang doktor am di Belanda adalah sekitar AS$9,750 (RM42,207) manakala AS$21,000 (RM90,909) bagi doktor pakar. Menurut Indeks Pengguna Kesihatan Eropah (EHCI), Belanda menawarkan sistem penjagaan kesihatan yang terbaik di Eropah.

Ireland

Purata gaji tahunan doktor am: AS$136,000 (RM588,744)
Purata gaji tahunan doktor pakar: AS$187,000 (RM809,523)

Di Ireland, doktor pakar menerima purata gaji bulanan sekitar AS$15,600 (RM67,532) manakala doktor am memperoleh AS$11,300 (RM48,917). Kat sana, doktor pakar juga menjalankan kerja-kerja swasta dan awam. Berdasarkan jenis dan tahap kepakaran, doktor boleh mengenakan bayaran antara AS$200 (RM865) dan AS$300 (RM1,298) atau lebih bagi perundingan sekitar 15 hingga 20 minit.

Baca artikel ini: Betul Ke Bulu Mata Gugur Sebab Ada Orang Rindu?

Australia 

Purata gaji tahunan doktor am: AS$140,000 (RM606,060)

Disebabkan oleh keadaan yang lebih baik seperti pendapatan yang lebih lumayan, ramai doktor dari United Kingdom berhijrah ke Australia. Bukan itu jer, ia juga disebabkan oleh situasi tempat kerja yang lebih baik dan sistem sokongan yang lebih maju. Pengajaran dan pendidikan sangat diberikan perhatian di Australia. Doktor am di Australia menerima purata gaji bulanan sekitar AS$11,700 (RM50,649) manakala doktor pakar menerima AS$20,600 (RM89,177).

Iceland

Purata gaji tahunan doktor am: AS$182,000 (RM787,878)
Purata gaji tahunan doktor pakar: AS$202,000 (RM874,458)

Iceland mempunyai sistem penjagaan kesihatan dibiayai kerajaan yang sangat berkualiti tinggi yang dicemburui banyak negara. Doktor am di Iceland menerima purata gaji bulanan sekitar AS$14,460 (RM62,600) manakala doktor pakar menerima sekitar AS$16,054 (RM69,500).

Amerika Syarikat

Purata gaji tahunan doktor am: AS$230,000 (RM995,670)
Purata gaji tahunan doktor pakar: AS$363,400 (RM1.57 juta)

Jumlah gaji yang diterima oleh seorang doktor di Amerika Syarikat bergantung kepada lokasi kerja dan jantina mereka. Umumnya, doktor lelaki di AS menerima pendapatan 36% lebih banyak daripada doktor wanita. Jurang gaji ini adalah paling sedikit bagi ahli anestesiologi iaitu sebanyak 12%, ahli radiologi sebanyak 13% dan doktor keluarga sebanyak 14%. 

Purata gaji bulanan bagi doktor am di AS adalah sekitar AS$19,200 (RM83,116) manakala AS$30,800 (RM133,333) bagi doktor pakar. Doktor pakar dengan gaji paling tinggi di AS adalah di negeri North Dakota sebanyak AS$1.95 juta setahun (RM8.44 juta ) dan yang terendah adalah di Columbia iaitu sebanyak AS$793,000 setahun (RM3.43 juta)

Switzerland

Purata gaji tahunan doktor am: AS$237,000 (RM1.03 juta)
Purata gaji tahunan doktor pakar: AS$256,800 (RM1.11 juta)

Switzerland merupakan salah sebuah negara yang memiliki ekonomi paling stabil di dunia. So tak hairanlah gaji bagi kebanyakan sektor kat negara tersebut adalah sangat tinggi. Banyak doktor dari Perancis, Jerman dan Itali berhijrah ke Switzerland kerana gaji yang ditawarkan adalah lumayan. Purata gaji bulanan bagi seorang doktor am di Switzerland sekitar AS$19,800 (RM85,714) dan AS$21,500 (RM93,073) bagi doktor pakar.

Kanada

Purata gaji tahunan doktor am: AS$271,000 (RM1.17 juta)
Purata gaji tahunan doktor pakar: AS$339,000 (RM1.47 juta)

Terdapat lebih daripada 90,000 orang doktor di Kanada dan bertambah dengan semakin pantas. Kanada adalah negara yang paling diidamkan bagi setiap doktor kerana gaji yang tersangat lumayan. Doktor am menerima pendapatan sekitar AS$22,600 (RM97,835) sebulan manakala AS$28,200 (RM122,077) bagi doktor pakar. Bagi setiap jam, purata pendapatan bagi seorang doktor am adalah sekitar AS$128 (RM544).

Luxembourg

Purata gaji tahunan doktor am: AS$305,000 (RM1.32 juta)
Purata gaji tahunan doktor pakar: AS$397,000 (RM1.71 juta)

Sebahagian besar daripada kekayaan Luxembourg diperolehi daripada sektor kewangan yang menguntungkan. Menurut OECD, para doktor yang mempunyai pengalaman melebihi 8 tahun memperoleh purata gaji mencecah AS$25,400 (RM109,956) sebulan dan bagi doktor baru dengan pengalaman antara 1 dan 3 tahun, mereka menerima gaji sekitar AS$13,240 (RM57,315) sebulan. 

Doktor pakar sebagai contoh pakar gastroenterologi, mereka menerima sekitar AS$33,000 (RM142,857) sebulan. Walaupun Luxembourg mempunyai populasi yang sangat rendah sekitar 600,000 orang, orang kat sana mungkin menghadapi persaingan sengit untuk mendapatkan pekerjaan.

Seronok kan bergaji besar. Korang pun boleh kalau ada cita-cita yang tinggi. Yang penting korang kena rajin berusaha kalau nak capai cita-cita korang tu.

Baca artikel ini: Suntik Minyak Dan Alkohol Sebab Nak Badan Macam Incredible Hulk

Read Previous

Betul Ke Bulu Mata Gugur Sebab Ada Orang Rindu?

Read Next

Lelaki Suka Wanita Bersolek Atau Tidak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twenty − fifteen =