Wow! 5 Pekerjaan Yang Tak Terfikir Rupanya Wujud

Dalam dunia ini ada macam-macam jenis pekerjaan. Tapi pernah tak korang terfikir pekerjaan yang korang sendiri rasa tak wujud kat dunia ni, tetapi sebenarnya ia ada.

Masa Abang Jim sekolah dulu, abang tak pernah terfikir adanya doktor bedah plastik yang boleh mengubah bentuk wajah seseorang. So kat sini Abang Jim akan bagi 5 pekerjaan yang korang fikir tak wujud tetapi ada sebenarnya.

Tukang Tidur Profesional

Ya, untuk pekerjaan ini, korang akan dibayar untuk tidur. Pengkaji tidur atau doktor memerlukan tukang tidur profesional untuk melengkapkan kajian mereka. Selain itu, banyak juga hotel ternama lagi mewah mengupah tukang tidur profesional atau dikenali sebagai professional sleeper untuk tidur dalam menguji sejauh mana keselesaan kamar tidur tersebut. Best tak?

Baca artikel ini: Betul Ke Bulu Mata Gugur Sebab Ada Orang Rindu?

Seat Filler

Di luar negara, majlis-majlis seperti majlis anugerah misalnya, mereka memerlukan seat filler, atau sukarelawan yang diperlukan untuk mengisi tempat duduk kosong. Misalnya sewaktu acara berlangsung, jika ada bintang Hollywood yang mahu ke tandas atau keluar menghisap rokok, sukarelawan ini akan diminta duduk di kerusi kosong. Tujuannya supaya tempat duduk nampak penuh apabila kamera melintasi sudut tertentu. Inilah pekerjaan yang tidak glamour tetapi mendekatkan kamu dengan orang-orang ternama. Seronoknya!

Celebrity Stand-in

Mana-mana iklan atau filem yang menampakkan susuk tubuh selebriti dari belakang, sisi ataupun depan, kadang-kadang itu bukanlah tubuh selebriti sebenar. Boleh jadi itu adalah celebrity stand-in yang diupah. Selebriti Hollywood sangat sibuk, dan adakalanya dalam satu-satu iklan hanya beberapa adegan saja yang menampilkan selebriti sebenar, selebihnya hanya stand-in mereka.

Saintis Makanan

Kalau korang pakar dalam merasa makanan mungkin korang diperlukan untuk mengisi kekosongan pekerjaan ini. Tugas korang ialah merasa dan menilai makanan. Biasanya mereka yang pakar boleh menentukan rasa jenis makanan tertentu dengan lebih spesifik. Misalnya saintis untuk aiskrim hanya akan menguji rasa aiskrim sahaja. Tugas nampak senang tapi sebenarnya sukar. Korang memerlukan deria rasa yang sangat hebat dan memahami selok-belok penyediaan makanan.

Pengapit Profesional

Kat luar negara ada jawatan ini. Pengapit profesional akan diupah untuk mengiringi pengantin. Selain tu, tugas pengapit profesional ini juga untuk menenangkan perasaan gemuruh pengantin. Pengapit profesional ini akan menemani pengantin apabila diperlukan dan semuanya bergantung kepada pakej yang diambil.

Terkejut? Abang Jim pun terkejut juga dengan beberapa jenis pekerjaan yang tak sangka wujud kat dunia ni. Agak-agaknya kat Malaysia ada tak jenis pekerjaan macam yang kat atas tu yer?

Baca artikel ini: 5 Fobia Aneh Yang Korang Kena Tahu

Read Previous

Biar Betul? Kentut Boleh Sebarkan COVID-19?

Read Next

Covid19: Haiwan amalkan Jarak Sosial Cuit Hati Netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

thirteen − 5 =