Baru-baru ini ramai yang panik bila ada seorang doktor kat Australia memberi amaran bahawa kentut juga boleh menjadi punca penyebaran wabak COVID-19.
Biar betul? Abang Jim baca berita tu pun terbeliak biji mata sebab terkejut sangat. Terdahulu, beberapa orang doktor mengeluarkan kenyataan tu sebab mendakwa kentut mempunyai zarah kotoran kecil yang boleh menyebarkan bakteria.

Tapi kenyataan tersebut belum lagi dapat dibuktikan sebab kajian lebih banyak perlu dilakukan untuk mengetahui kesan-kesan kentut dalam penularan wabak COVID-19 ke atas orang lain.
Kajian tersebut telah dinyatakan oleh seorang doktor bernama Dr. Andy Tagg dalam sebuah program bersiri CBBC, Operatian Ouch.
Berdasarkan laporan Daily Mail berdasarkan kajian yang dijalankan sejak awal tahun ini, sebanyak 55% pesakit COVID-10 mempunyai virus dalam najis mereka. Berdasarkan kajian yang dibuat, doktor memberitahu kentut mempunyai kekuatan untuk mengeluarkan serbuk seperti bedak untuk jarak yang jauh.
Baca artikel ini: Haiwan bermaharajalela di Jalanan Semasa Tempoh Kuarantin

Seorang lagi doktor, Dr. Karl Kruszelnicki dan pakar mikrobiologi, Dr. Luke Tennent turut berpendapat bahawa kentut boleh menyebarkan wabak penyakit.
Satu eksperimen telah dibuat apabila angin kentut dialirkan terus ke dalam 2 piring petri pada jarak 5cm. Piring pertama kentut dengan memakai seluar. Manakala piring kedua kentut tanpa memakai seluar.

Hasilnya, piring pertama tetap bersih, manakala piring kedua didapati mempunyai bakteria, namun tidak berbahaya.
Awal tahun ini, Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit China mengumumkan seluar harus menjadi penghalang berkesan ketika mengeluarkan kentut yang mungkin membawa Covid-19.

Dr Tagg menambah bahawa mungkin Covid-19 dapat disebarkan melalui kekuatan kentut, namun lebih banyak kajian diperlukan untuk membuktikan perkara tersebut. Maka perkara tersebut belum dianggap sahih dan orang ramai diminta supaya tidak panik.
Fuhh! Kentut sekarang ni pun dah jadi bahaya. Kalau dulu bahaya sebab bau, tapi sekarang? So jangan nak sesuka hari kentut merata-rata tempat lepas ni yer.
Baca artikel ini: Lelaki Suka Wanita Bersolek Atau Tidak?