Betul Ke Bulu Mata Gugur Sebab Ada Orang Rindu?

Macam yang korang semua tahu, bulu mata berfungsi untuk menghalang habuk daripada masuk kat dalam mata. Tapi malangnya, bulu mata sama seperti rambut, iaitu ia akan gugur setiap hari. Bayangkan kalau korang tak ada bulu mata? Mesti muka korang nampak pelik. Untung bulu mata Abang Jim masih nampak lebat. Hahaha!

Tapi sebelum tu Abang Jim nak tanya. Betul ke kalau bulu mata gugur sebab ada orang rindukan kita? Ada banyak sebab bulu mata tu gugur dengan sendiri. Antaranya adalah disebabkan oleh penyakit kronik!

Antara punca lain menyebabkan bulu mata gugur adalah sebab korang menggosok mata dengan kasar. Selain tu, untuk para wanita yang kerap memakai maskara juga boleh menjadi punca bulu mata akan gugur.

Keguguran bulu mata juga disebabkan oleh jangkitan kuman seperti stye. Stye adalah sejenis jangkitan kuman pada kelenjar minyak pada kelopak mata dan menyebabkan bulu mata korang gugur.

Apabila liang berdekatan bulu mata telah tersumbat, kuman dan bakteria akan menjangkiti kelenjar ini dan menyebabkan bulu mata rosak serta jatuh.

Baca artikel ini: 5 Boyband jadi kegilaan remaja sepanjang masa

Radang pada kelopak mata ini turut disebut sebagai blefaritis dan ia boleh menyebabkan keguguran bulu mata berlaku tanpa korang disedari.

Tapi korang jangan risau sebab ada cara untuk mengelak daripada bulu mata korang tu kerap gugur. Antaranya ialah dengan makan multivitamin.

Makanan tambahan yang kaya dengan zink, omega hijau, kekacang dan vitamin B kompleks boleh membantu merangsang pertumbuhan bulu mata.

Selain tu, bagi wanita pula, kurangkan penggunaan mekap yang tebal macam maskara dan celak supaya kelenjar minyak pada kelopak mata korang tak tersumbat.

Kurangkan rasa tertekan. Sebab tekanan akan mengeluarkan hormon seperti kortisol yang secara tidak langsung akan menyebabkan bulu mata anda gugur. 

Sekarang ni korang dah tahukan punca yang menyebabkan bulu mata gugur? Bukan sebab ada orang rindukan kita yer, tapi disebabkan oleh jangkitan bakteria. Jangan nak suka sangat pula nanti kalau bulu mata korang gugur.

Baca artikel ini: 5 Filem Romantik Komedi Yang Wajib Korang Tonton Semula

Read Previous

5 Fobia Aneh Yang Korang Kena Tahu

Read Next

10 Negara Gaji Doktor Tertinggi Di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

six + 6 =