Fobia adalah rasa takut berlebihan akibat kawalan minda terhadap sesuatu perkara. Macam Abang Jim sendiri, abang memang cukup fobia pada anjing.
Fobia pada anjing disebut cynophobia. Mungkin cynophobia dianggap biasa sebab ramai yang mengalami rasa fobia tersebut berdasarkan pengalaman lalu.

Tapi pernah tak korang terdengar jenis-jenis fobia lain yang dianggap cukup aneh dan tak mungkin akan dihidapi oleh seseorang? Nah! Kali ni Abang Jim akan bagitahu korang 5 jenis fobia yang tak masuk dek akal.
Catoptrophobia

Fobia ini adalah ketakutan terhadap cermin atau pantulan wajah sendiri di cermin. Ini mungkin terjadi disebabkan tragedi yang pernah menimpa seseorang itu yang melibatkan cermin. Mereka ini selalunya terbayangkan ada hantu di belakang mereka ketika melihat cermin atau merasa keyakinan diri yang sangat rendah terhadap fizikal diri.
Baca artikel ini: Rasa Gemuruh Sampai Tak Tahu Nak Buat Apa? Alaaa Senang Jer. Ikut Cara Berikut
Triskaidekaphobia

Triskaidekaphobia adalah ketakutan yang berterusan dan tidak rasional terhadap nombor 13. Nombor 13 selalu dikaitkan dengan entiti negatif dan jahat. Mereka yang mempunyai Triskaidekaphobia dipanggil Triskaidekaphobes. Mereka cenderung berfikiran sangat negatif terhadap nombor ini.
Somniphobia

Sebagai manusia biasa, korang perlukan tidur selepas penat melakukan aktiviti seharian. Namun lain pula dengan individu yang mempunyai fobia Somniphobia iaitu takut terhadap tidur. Pelik bukan? Individu ini terlalu bimbang akan mimpi buruk yang bakal mereka alami. Mereka cenderung untuk takut jika mereka berjalan sambil tidur. Selain itu, mereka juga risau jika orang yang telah meninggal dunia memanggil nama mereka semasa sedang tidur.
Telephonophobia

Kedengaran aneh tetapi memang ada individu yang takut untuk bercakap melalui telefon. Mereka akan sedaya upaya mengelak untuk bercakap di telefon dan lebih suka menghantar mesej atau e-mel sahaja kepada kenalan. Jika sesuatu kerja itu memerlukan percakapan di telefon bimbit, sudah cukup untuk mereka diserang panik. Telephonophobia ialah salah satu fobia yang umum terhadap sosial manusia. Mereka ini mungkin pernah mengalami penipuan atau gurauan kasar melalui telefon bimbit pada masa silam.
Agoraphobia

Fobia ini adalah ketakutan terhadap tempat yang terbuka atau tempat awam. Mereka lebih selesa berada di dalam rumah. Jika di tempat yang sesak, mereka akan berasa pening serta takut kerana terlalu berfikir yang mereka tidak akan sempat mencari tandas untuk muntah akibat berasa loya. Fobia ini disebabkan oleh penderaan semasa kecil, penceraian, perang atau gempa bumi.
Jenis-jenis fobia di atas selalunya dikaitkan dengan tragedi silam yang menghantui diri mereka. Sokongan dan rawatan psikologi diperlukan untuk membantu seseorang yang mengalami masalah fobia melampau. Apa pula jenis fobia korang?
Baca artikel ini: Patutlaaa Keras Kepala! Anak Nombor Dua Rupanya. Korang anak nombor berapa?