Haiwan bermaharajalela di Jalanan Semasa Tempoh Kuarantin

Disebabkan manusia-manusia dah tak dibenarkan keluar rumah tanpa ada urusan penting dalam musim wabak Covid-19, makhluk lain pun mengambil kesempatan itu untuk keluar bersiar-siar.

Di beberapa negara seperti Jepun, Itali, dan Thailand, haiwan diperhatikan berlegar di kawasan jalan raya dengan bebas.

Di Jepun, beberapa ekor rusa dari Nara Park dilihat memasuki kawasan bandar untuk mencari makanan.

Rusa Sika merupakan tarikan utama di taman Nara Park yang biasanya dipenuhi pengunjung, di mana rusa-rusa itu akan diberikan biskut oleh pelancong yang melawat.

Namun sejak penguatkuasaan kuarantin rusa-rusa tersebut tiada pilihan selain untuk keluar dari kawasan taman dan terpaksa mencari makanan sendiri.

Baca artikel ini: Binatang Peliharaan Yang Korang Boleh Bela Kat Asrama

Banyak gambar dan video rusa berlegar di jalan-jalan di Nara muncul di media sosial dengan orang ramai meluahkan rasa terkejut dan kagum.

Di Thailand pula, monyet mengerumuni kawasan bandar di Lopburi untuk mencari makanan, sementara di Itali pula, binatang-binatang seperti kambing, babi, dan kuda dapat diihat merayau di jalan-jalan raya.

Haish! Bermaharajalela betul korang ek. Tak mengapalah sebab binatang-binatang tu pun terpaksa keluar mungkin sebab nak mencari makan.

Tapi comel betul Abang Jim tengok sekumpulan monyet-monyet tu. Moga tak ada apa-apa yang ‘beruk’ berlaku laa yer.

Baca artikel ini: Bosan Ke Dok Umah? Cer Try Belajar Buat Ukiran Halus Indah Pada Buah Avocado

Read Previous

Binatang Peliharaan Yang Korang Boleh Bela Kat Asrama

Read Next

Pergh! Lain Macam Bentuk Topeng Penutup Mulut Tema Gundam Ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × 2 =