Binatang Peliharaan Yang Korang Boleh Bela Kat Asrama

Zaman Abang Jim study kat universiti dulu, room-mate Abang Jim ada yer bela binatang peliharaan kat dalam hostel.

Dengan Abang Jim sekali terjebak. Masa tu tengah giler zaman orang bela Sugar Gliders. Dekat asrama ni kitaorang rasa sunyi dan bosan tak tau nak buat apa, kalau nak ajak borak pun dengan siapa?

Abang Jim plak ni jenis bukan yang pandai cerita ataupun boleh dibawa borak.  Bila dah rasa sunyi dan bosan tak tahu nak buat apa, Abang Jim dengan member bilik decide nak bela binatang iaitu Sugar Gliders. Memang comel dan manja! Nak jaga pun senang.

Sebenarnya, selain Sugar Glider, ada banyak lagi binatang lain yang korang boleh pelihara walaupun korang tinggal kat hostel. Ok Abang Jim nak senaraikan apa yang korang boleh bela. Sesajer nak hilangkan rasa bosan.

Kura-kura

Kura-kura kalau nak jaga kat asrama rasanya mudah. Cuma macam biasalah kena cuci bekas dia dan bagi dia makan tiap hari. Kalau nak bela, pastikan korang jaga makan dia betul-betul dan rajin-rajin cuci bekas dia. kalau pemalas tak payah bela. Yang lecehnya kura-kura duduk dalam air. So korang kena selalu cuci najis dan lumut pada bekas dia tu. Tapi kalau dah ada niat nak bela, belalah. 

Actually, ada kura-kura jenis yang tak duduk dalam air pun takpe. Ada kura-kura yang jenis tak perlukan air contohnya Leopard Tortoise dan Pancake Tortoise. Tapi bukan maksudnya langsung tak perlukan air, bagilah secara kerap untuk dia minum, lagi satu kalau hujan, letak je dia kat luar, dia suka main hujan hehehe.

Kucing

Kucing ni emm… rasanya terlalu biasa atau formal sangatlah sebab kat kantin ada kucing, kat dm ada kucing, kat surau ada kucing kat mana-manalah ada kucing lepas tu nak bela kat dorm? Memang kelakarlah cerita dia. 

Kalau dia berak merata-rata, dah satu hal pulak. Najis dia bukannya kecik. Kalau nak sediakan pasir dia takpelah, cuma confirm ke ada masa nak tukar? So, dinasihatkan tak payahlah bela kucing sebab kat asrama ambik je memana kucing lepas tu namakan dia pun dah dikira bela… hahah.

Hamster

Hamster pulak rasanya boleh je nak jaga kat dorm tapi memerlukan persetujuan dengan ahli dorm yang lain sebab bau dia atau sangkar dia. Kalau dapat ahli dorm yang sporting tu kira okay lah. Hamster ni kalau takde kelengkapan macam tempat minum dia, sangkar dan habuk kayu dia baik beli dulu. Tapi memerlukan anggaran kos jugaklah. Tapi kalau sanggup nak bela, belalah dan sangkar dia pun tak perlulah besar, kecik je cukup untuk memudahkan nak sorok kalau ada emergency kes macam spot check.

Iguana

Iguana ni senang jaga tapi kepada sesiapa yang geli dengan reptilia yang bergerak pantas serupa cicak baik tak yah hahahah… Iguana ni dia senang nak jaga sebab dia makan tumbuhan hijau je means dia ni herbivor lah. Tapi masalah dia lari laju. Kalau dah jinak, boleh bela sampai dia besar sebesar buaya! 

Kalau yang nak bela tu, first time nak jinakkan dia memang susah. Iguana ni dia jalan laju, lepastu kuku dia tajam senang nak cakar orang dan suka menggigit. So, kepada yang ingin membelanya memang kena didik sifat sabar tu dulu sebab nak jinakkan dia bukan sehari dua, tapi mungkin berbulan-bulan. Jadi kesabaran perlu ada untuk membela iguana lagi-lagi nak bela kat asrama, kalau lari lepastu hilang acaner?

Baca artikel ini: Sombongnya Si Putih Nie! Kenali Personaliti Kucing Ikut Warna Bulu

Bearded Dragon

Ramai yang keliru antara iguana dengan bearded dragon. Untuk pengetahuan pembaca, Bearded Dragon dengan Iguana adalah berbeza. Iguana macam biawak, Bearded Dragon pulak macam cicak. Iguana boleh membesar sepemeluk manusia, tapi Bearded Dragon membesar paling besar pun cuma sebesar lengan sampai ke bahu. Tapi kalau nak bela, telan belanja sikit laa… Harga dia pun dah ratus-ratus. Kalau hilang, sia-sia jer duit PTPTN korang tu.

Sugar Glider

Sugar Glider pun ada dalam list aku nak beli jugak, tapi nak bela si comel ni bukan semata-mata sebab rupa dan ikut trend, sebab kalau itu je niatnya memang tak laratlah nak bela cerita dia, sebab nak bela suggie ni perlukan tahap kesabaran yang tinggi dan memerlukan pengorbanan yang banyak dari segi masa. 

Binatang ni dia suka buah-buahan tapi ikut mood. Dia ni cerewet juga kalau tiap-tiap hari makan benda yang sama dia pun bosan juga. Jadi kena beli buah-buahan yang beraneka. Bela kat asrama dalam kes ni senang. Lagi satu si comel ni aktif pada waktu malam, jadi kena perlu korbankan sedikit tidur tu untuk dia. Kalau tak layan dia waktu malam nanti dia merajuk. Lagi satu korang kena tahan dengar bunyi dia yang bising pada waktu malam. Bunyi annoying giler!

Hedgehog

Landak mini atau hedgehog. Bentuknya memang comel. Makanan dia serangga-serangga kecil. Hedgehog ni memang mudah nak jaga. Lagi satu dia ni pun spesis berjaga malam, tapi jangan risau, dia ni berbeza dari suggie (sugar gliders) yang memang nakkan perhatian, hedgehog ni lain pulak. Dia ni hidup bersendirian dan akan bersosial bila nak mengawan je so ada masa nak layan boleh tak de masa pun takpe. Tapi first-first tu kenalah layan dia nak bagi kenal tuan kan.

Ikan Laga

Ikan laga lagi senang nak jaga. Just bagi makan, minum dan bersihkan bekas je. Kalau pandai bela boleh buat duit. Nak biakkan dia pun senang. Memang dalam banyak-banyak binatang, ikan lagalah yang paling senang nak bela.

So, up to you lah nak bela apa pun, yang pastinya kalau nak bela, bela betul-betul! Selesakan dia bukan seksakan okay? Abang Jim sayang adik-adik Abang Jim kalau korang sayangkan binatang. Tapi kalau dah kata peraturan asrama tak boleh bela binatang, kalau kantoi jangan nak salahkan Abang Jim pulak yer.

Baca artikel ini: Comelnya Awak! 10 Baka Kucing Paling Menawan Di Dunia

Read Previous

Eeee! Muka Helok Tapi Nafas? Nak Termuntah! Apa Nak Buat Nie!

Read Next

Haiwan bermaharajalela di Jalanan Semasa Tempoh Kuarantin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9 + nine =