5 Boyband jadi kegilaan remaja sepanjang masa

Siapa yang membesar sekitar tahun 90-an dan 2000, mesti korang akan terkenang balik kumpulan muzik atau boyband yang pernah menjadi kegilaan ramai masa tu. Masa tu belum wujud lagi fenomena K-Pop macam sekarang. So boyband dari negara-negara barat telah menjadi ikutan kalangan remaja masa tu.  

So untuk kali ni, Abang Jim nak senaraikan lima boyband yang paling popular sepanjang zaman yang pernah menjadi kegilaan ramai suatu ketika dahulu.

Jonas Brothers

Tiga buah album band ini menjadi suatu fenomena dan telah terjual lebih dari 17 juta buah album. Lagu yang paling disukai ramai adalah Burnin’ Up. Setelah dipilih untuk menjadi pembuka acara di konsert Miley Cyrus pada tahun 2007, Jonas Brothers mula menjadi sebuah kumpulan penyanyi lelaki yang sensasi di kalangan remaja. Jonas Brothers mula terhenti apabila Kevin berkahwin dan Nick menjadi seorang artis solo. Secara teknikalnya, kumpulan ini mungkin akan kembali menggegar arena muzik dunia pada bila-bila masa.

One Direction

Kesemua album kumpulan penyanyi lelaki dari United Kingdom ini menjadi hit nombor 1 di dunia. Sebuah single yang paling popular adalah What Makes You Beautiful. Mengikut rekod, 17 juta buah album telah terjual di seluruh dunia. Bahkan, seramai 3.4 juta peminat telah melihat sendiri jelajah mereka merentasi dunia Where We Are Tour. Setakat ini, kumpulan One Direction sudah melangsungkan kembara dunia selama lima tahun berturut-turut dan setiap kembara mereka itu dikatakan berjaya mengaut keuntungan sebanyak 200 juta USD secara keseluruhannya.

*NSYNC

Mandatory Credit: Photo by Ilpo Musto/REX/Shutterstock (1271018n) ‘N Sync – J C Chasez, Chris Kirkpatrick, Joey Fatone, Justin Timberlake and Lance Bass ‘N Sync at the Conran Hotel, Chelsea Harbour, London, Britain – 1997

Sebanyak 55 juta buah album yang berjaya dijual. Lagu yang paling diingati ramai adalah Bye Bye Bye. Lagi tu memang sentiasa meniti di bibir peminat kumpulan penyanyi lelaki ini. *NSYNC diketuai oleh Justin Timberlake dan merupakan sebuah boyband yang paling besar pada awal 2000. Pernah satu ketika, *NSYNC berhadapan dengan legal battle bersama pengurus mereka. 

Setelah itu, *NSYNC berjaya menghasilkan salah satu album yang terbesar pada abad ke-21 iaitu No Strings Attached. Album tersebut terjual lebih dari 1 juta buah album dalam masa 24 jam sahaja!

Baca artikel ini: Kalau Hilang Menangis Tak Berlagu Woi! 5 Utas Jam Tangan Paling Mewah Di Dunia

 Boyz II Men

Berjaya menjual 25 juta buah album. Single One Sweet Day berada di carta teratas paling lama iaitu selama 16 minggu berturut-turut. Pada tahun 1992, single End of the Road berjaya mengalahkan Elvis Presley dengan berada pada tangga hit selama 13 minggu. Setelah itu, lagu I’ll Make Love To You pula berjaya berada pada carta tertinggi selama 14 minggu.

Backstreet Boys

LOS ANGELES – MARCH 14: The Backstree Boys arrive for the 2019 iHeartRadio Music Awards on March 14, 2019 in Los Angeles, California. (Photo by Glenn Francis/Pacific Pro Digital Photography)

Merupakan boyband paling popular dengan rekod 130 juta buah album yang berjaya dijual. Backstreet Boys pernah menjadi fenomena dan merupakan kumpulan muzik paling hangat dalam sejarah. Lagu yang tidak boleh dilupakan dari minda ramai adalah I Want It That Way. 

Selain itu, Backstreet Boys adalah salah sebuah boyband yang paling menguntungkan dan berjaya. Album Millennium berjaya dijual sebanyak 30 juta buah album, yang mana masih tidak dapat ditandingi oleh Taylor Swift setakat ini.

Baca artikel ini: 5 Manfaat Pisang Untuk Kecantikan Kulit Wajah

Read Previous

5 Filem Romantik Komedi Yang Wajib Korang Tonton Semula

Read Next

4 Bahasa Paling Sukar Dipelajari Di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × four =