5 Filem Romantik Komedi Yang Wajib Korang Tonton Semula

Nak hilangkan stress salah satu cara yang korang boleh buat adalah dengan menonton filem. Korang kenalah menonton filem yang membuatkan hati korang berbunga-bunga. Paling penting pada masa sama menghiburkan.

Kalau Abang Jim nak suruh tengok cerita hantu, rasa macam tak sesuai pula yer. Nah! Kat sini ada senarai 5 filem romantik komedi yang korang wajib tonton semula!

 1.   Pretty Woman

Mungkin plot ini filem ini agak kurang menyenangkan iaitu pekerja seks jatuh cinta dengan lelaki kaya yang sombong. Tapi filem ini masih ikonik dan lakonan Julia Roberts sangat berkesan. Yang paling penting ia menghiburkan!

Baca artikel ini: Bentuk Muka vs Personaliti

2.   My Best Friend’s Wedding

Cerita ni pun best iaitu tentang perjanjian yang dibuat oleh sepasang kawan baik yang akan berkahwin sesama mereka jika masing-masing gagal menemui cinta pada usia 28 tahun. Kelakar habis!

3.   Bridget Jones’s Diary

Filem ni akan buatkan korang ketawa tak kering gusi! Lakonan hebat  Renée Zellweger memang berjaya menghidupkan watak.

4.   10 Things I Hate About You

Filem ini mempunyai segala emosi dengan lakonan mantap pelakon Julia Stiles, Heath Ledger, Gabrielle Union dan Joseph Gordon-Levitt.

5.   The Break-Up

Satu lagi filem yang boleh buatkan korang ketawa macam gila! Jika korang berpisah dengan seseorang, jangan tinggal serumah dengan mereka, tak kira apa pun sebabnya, kalau tak korang bakal mengalami nasib seperti dalam filem ini.

Kadang-kadang syok jugak layan movie sorang-sorang kat rumah. Ada hari-hari tertentu, kita memang akan rasa nak bersendirian tanpa ada gangguan sesiapa pun.

So masa yang ada tu korang manfaatkanlah dengan menonton movie menarik yang Abang Jim cadangkan kat atas tu ok.

Baca artikel ini: Fesyen Simple Budak Kat Universiti

Read Previous

Fesyen Simple Budak Kat Universiti

Read Next

5 Boyband jadi kegilaan remaja sepanjang masa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 + 14 =