4 Bahasa Paling Sukar Dipelajari Di Dunia

Mempelajari bahasa asing memang bukan hal yang mudah. Huruf-huruf yang berbeza serta pelbagai bentuk, kedudukan ketika menulis, susunan kata yang tidak biasa sehinggalah pengucapan kata yang asing di lidah kita.

Setiap bahasa mempunyai kesukaran yang berbeza dalam mempelajarinya. So kali ni Abang Jim nak bagitahu korang 4 bahasa yang dianggap paling sukar di dunia untuk dipelajari.

Jepun

Bagi korang yang mempelajari bahasa Jepun, mesti korang akan bersetuju bahawa bahasa Jepun merupakan bahasa yang sukar. Bahasa Jepun digunakan oleh 125 juta orang di seluruh dunia terutama sekali di negara Jepun.

Bahasa Jepun dikatakan sangat susah sebab ia mempunyai sistem tulisan berdasarkan karakter yang terdiri daripada puluhan ribu perkataan. Sebelum korang boleh menulis, korang kena mempelajari dulu dan menghafal karakter-karakter tersebut.

Sistem tulisan Jepun terdiri daripada tiga komponen iaitu hiragana, katakana dan yang tertinggi ialah kanji. Setiap komponen tu mempunyai abjad berbeza dan system suku kata yang menambah lagi kesukarannya.

Sistem tulisan kanji dalam bahasa Jepun menggunakan karakter dalam tulisan Cina. Amacam? Korang berani tak nak belajar bahasa Jepun?

Korea

Bagi korang yang gilakan K-Pop atau K-Drama, mesti korang selalu berangan boleh bertutur dalam bahasa Korea kan?

Tapi korang kena tahu, bahasa Korea merupakan antara bahasa yang paling sukar di dunia. Terdapat kira-kira 66.3 juta orang yang bertutur dalam bahasa Korea di seluruh dunia.

Bahasa Korea merupakan bahasa rasmi yang digunapakai di Korea Selatan dan Korea Utara. Untuk pengetahuan korang, bahasa Korea merupakan bahasa bersifat SOV (Subject-Object-Verb) yang jauh berbeza dengan bahasa Melayu.

Contohnya, kalau ada orang menggunakan perkataan ‘Ali buah makan’, mungkin ia kedengaran agak pelik dalam bahasa Melayu. Tapi susunan begitu digunakan dalam bahasa Korea. Tatabahasa dalam bahasa Korea juga sangat rumit. Sebab ia ada konjugasi yang kompleks dan susunan perkataan dengan frasa yang pelik.

Sama macam bahasa-bahasa lain, bahasa Korea pun ada system tulisannya sendiri yang dipanggil Hangul. 

Tapi untuk korang yang boleh bercakap dan membaca dalam bahasa Jepun, nak belajar bahasa Korea tak berasa sukar sebab terdapat persamaan antara kedua-dua bahasa tersebut.

Baca artikel ini: 5 Boyband jadi kegilaan remaja sepanjang masa

Arab

Bahasa Arab memang tak dapat dinafikan tahap kesukarannya. Mempelajari bahasa Arab sangat rumit dan mendalam.

Kesukaran bahasa Arab tu sampaikan orang Arab sendiri tidak hebat dalam berbahasa Arab. Tetapi terdapat 25 buah negara negara yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pertuturan mereka seperti Algeria, Chad, Comoros, Mesir, Arab Saudi, Syria, Israel dan Yemen.

Bahasa Arab ni ada dua pecahan. Bahasa Arab moden (Lughotul Arabiyah Ittisoliah-fusha) digunakan sebagai bahasa komunikasi oleh negara-negara kat atas tu. Bahasa Arab kedua ialah bahasa Arab Tinggi (Lughotul Arabiyan Al-Aliyah) yang digunakan di dalam Al-Quran. Bezanya, bahasa Arab moden telah dimodenkan dan diringkaskan dalam pertuturan dan penulisan.

Apa yang membuatkan bahasa Arab ni susah sebab penggunaan bunyi yang tak biasa digunakan oleh bahasa lain. Bahasa Arab banyak menggunakan bunyi daripada tekak.

Tatabahasa yang digunakan juga mencabar iaitu kata kerja mendahului subjek.

Bahasa Arab ada kosakata yang sangat banyak iaitu antara 90 hingga 500 juta perkataan. Perghh!! Selain tu, bahasa Arab juga ada banyak istilah khas yang perlu difahami dan dihafal.

Penggunaan bahasa Arab di beberapa buah negara juga berbeza daripada segi sebutan dan dialek.

Mandarin

Antara tiga bahasa di atas, bahasa Mandarin dikatakan bahasa paling sukar di dunia sehinggakan terdapat orang Cina sendiri yang tidak tahu menulis bahasa Mandarin.

Tetapi, walaupun bahasa Mandarin merupakan bahasa paling sukar di dunia, tetapi bahasa Mandarin merupakan bahasa yang paling ramai penutur di atas muka bumi iaitu sekitar lebih 1 bilion penutur di seluruh dunia.

Apa yang membuatkan bahasa Mandarin ni sukar ialah, yang pertama sistem tulisannya sangat sukar dan korang perlu menghafal sehingga beribu-ribu karakter.

Bahasa Mandarin banyak menggunakan nada suara. Setiap bunyi dalam sistem transkripsi pinyin ada 4 sebutan yang berbeza. Ini bermakna, kalau korang gunakan nada suara yang berbeza pada bunyi yang sama, ia akan membawa maksud yang berbeza.

Contohnya, sebutan “ma” boleh menjadi “ibu”, “kuda”, “kasar” dan “marah” bergantung ada intonasi nada yang korang gunakan.

Memang seronok kan kalau kita boleh menguasai lebih daripada satu bahasa. Korang jangan rasa terlambat untuk mempelajari bahasa yang korang nak sangat belajar.

Sekarang ni pun semuanya dah di hujung jari. Korang boleh jer belajar asas bahasa asing kat YouTube. Sekurang-kurangnya ada juga beberapa patah perkataan yang korang belajar.

Baca artikel ini: Sotong Pun Ada? 10 Rekaan Kasut Tak Masuk Akal

Read Previous

5 Boyband jadi kegilaan remaja sepanjang masa

Read Next

Rasakan! Tertelan Tiup Plastik Gara-Gara Nak Kurus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twelve + 10 =