Tak Sangka! Hebatnya Buah Betik Pada Kesihatan

Buah betik salah satu buah tempatan yang mudah untuk diperoleh. Sesiapa sahaja pernah makan buah betik kan? Kalau kat kampung Abang Jim, bersepah pokok betik. Campak jer biji, terus bercambah jadi pokok.

Tapi mesti ramai yang tak tahu bahawa buah betik mempunyai kandungan khasiat yang sangat baik untuk tubuh yang akan membuatkan korang rasa ‘wow’ terhadap buah betik.

So kali ni, Abang Jim nak bongkarkan 6 kebaikan yang korang boleh dapat kalau korang makan buah betik sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Mengurangkan Tahap Kolesterol

Buah betik kaya dengan serat yang dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol tinggi dalam badan. Bukan itu jer tau, ia juga mengandungi antioksidan dan vitamin yang membantu mencegah penyakit jantung. Hebat tak?

Membantu Membunuh Cacing Dan Parasit

Cacing dan parasti boleh menyebabkan kerosakan pada badan korang. So penting untuk pastikan badan korang bebas daripada segala anasir jahat. Untuk pengetahuan korang, betik dapat mengeluarkan parasit daripada badan sebaik sahaja ia menetas dari telur. So untuk korang yang perutnya ada cacing disarankan untuk makan betik yer.

Baca artikel ini: Kedudukan Tahi Lalat Membongkar Sifat Keperibadian Seseorang

Tingkatkan Daya Imunisasi

Buah betik mengandungi vitamin A, C dan E serta nutrien penting yang diperlukan oleh sistem imun. Betik sangat berkhasiat untuk badan korang dan membantu menjaga sistem ketahanan badan. Kalau sistem ketahanan badan korang kuat, tak adalah korang selalu jatuh sakit.

 Mengurangkan Keradangan

Betik mempunyai sifat anti-radang. Maknanya, buah betik sangat berguna untuk memulihkan kulit yang meradang dan masalah kesihatan lain seperti arthritis, sakit sendi, gout dan asma.

Melewatkan Proses Penuaan

Betik kaya dengan nutrien serta vitamin C, E, dan antioksidan yang dapat membantu melewatkan proses penuaan. Betik juga menghalang kulit daripada radikal bebas, kulit bermasalah akibat sinaran matahari dan kedutan. Selain dimakan, buah betik juga boleh dibuat masker untuk menjaga kesihatan kulit korang tu tau.

Mengurangkan Stress

Vitamin C yang terdapat dalam betik juga dapat membantu mengurangkan tekanan tau. Menurut kajian yang dijalankan di luar negara, betik dapat mengendalikan aliran hormon stress dan membantu membuatkan korang berasa lebih tenang. Wah! 

Hebat kan penangan sebiji buah betik? So mulai dari sekarang, mungkin korang dah boleh jadikan buah betik sebagai menu wajib setiap hari supaya korang kekal sihat dan cantik.

Baca artikel ini: Suntik Minyak Dan Alkohol Sebab Nak Badan Macam Incredible Hulk

Read Previous

Kedudukan Tahi Lalat Membongkar Sifat Keperibadian Seseorang

Read Next

7 Tanda Lelaki Sedang Cemburu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × five =