Mungkin apa yang Abang Jim nak bagitahu ni bakal meloyakkan tekak korang. Tapi kalau korang sayangkan diri, please baca apa yang Abang Jim tulis ni. Untuk pengetahuan korang, bentuk dan tekstur najis boleh menentukan tahap kesihatan penghadaman seseorang.

Memang agak janggal untuk korang tengok ‘hasil buangan’ korang tu. Tapi percayalah, dengan mengambil tahu bentuknya, korang boleh tahu sama ada usus korang tu sihat atau tidak. So macam mana nak tahu?
Ketulan keras seperti kacang
Jenis najis ini menandakan bahawa sistem penghadaman anda kurang sihat dan memerlukan lebih serat dan air. Ini juga menandakan bahawa anda mengalami sembelit. Perbanyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan dan air bagi mengelakkan sembelit yang lebih kronik lagi dan masalah berak berdarah.
Berbentuk sosej dan lembut seperti pisang
Merupakan bentuk najis yang paling sempurna dan melambangkan seseorang itu mempunyai sistem penghadaman yang sihat. Teruskan memakan makanan yang mempunyai serat yang tinggi dan mengekalkan usus yang sihat.
Cair
Ini mungkin disebabkan oleh beberapa jenis jangkitan dan diarrhoea adalah cara badan melakukan pembersihan. Pastikan minum banyak air untuk menggantikan semula cecair yang hilang atau korang akan mengalamai dehidrasi.

Berbentuk sosej tetapi sedikit berketul
Sembelit yang tidak serius tetapi perlu memastikan korang minum air yang banyak dan cukup serta mengambil lebih banyak serat. Antara makanan yang mempunyai serat yang tinggi adalah pisang.
Baca artikel ini: 5 Manfaat Pisang Untuk Kecantikan Kulit Wajah
Gumpalan lembut

Bentuk najis yang normal untuk membuang air besar lebih daripada dua kali sehari.
Berbentuk sosej tetapi retak
Merupakan bentuk najis yang biasa tetapi retak itu membawa petunjuk bahawa badan korang kekurangan air.

Berbentuk tetapi sedikit penyek
Menunjukkan bahawa borderline korang normal tetapi mempunyai tanda-tanda jangkitan yang berkemungkinan terkena diarrhoea.
Lembut dan melekat di permukaan mangkuk tandas

Terlalu banyak minyak dalam najis dan berkemungkinan sistem penyerapan bermasalah. Penyakit seperti pankreatitis menghalang tubuh daripada menyerap lemak dengan baik. Seeloknya berjumpa dengan doktor untuk mengetahui tentang masalah dengan lebih lanjut.
So sekarang korang dah faham dah? Jaga usus dan perut korang tu kalau tak nak ada masalah di kemudian hari. Yang penting banyakkan minum air dan makan makanan tinggi serat untuk memudahkan proses penghadaman pada usus korang tu ok!
Baca artikel ini: Eeee! Muka Helok Tapi Nafas? Nak Termuntah! Apa Nak Buat Nie!