Korang pernah dengar tak fakta tentang personaliti korang berdasarkan kedudukan korang dalam adik-beradik? Korang anak nombor berapa? Satu? Dua? Tiga? Kalau korang nak tahu, kedudukan korang dalam keluarga adik-beradik tu mempunyai sifat dan personaliti yang berbeza-beza mengikut unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Kalau Abang Jim anak nombor tiga. Kalau nak tahu, korang kena baca artikel ni sampai habis ok. Tapi sebelum tu

Abang Jim nak bagitahu apa yang abang tulis ni hanya petua dan pandangan orang lama-lama berdasarkan turutan anak ke berapa dalam keluarga.
Unsur tanah – Anak pertama, kelima dan kesembilan
Unsur air – Anak kedua, keenam dan kesepuluh
Unsur api – Anak ketiga, ketujuh dan kesebelas
Unsur angin – Anak keempat, kelapan dan kedua belas
Sifat anak berunsur tanah

Kalau korang anak sulung, kelima dan kesembilan, so maknanya sifat korang adalah tanah. Anak berunsur tanah ni mempunyai karakter pendiam, pendengar yang baik, penyabar dan setia. Bukan tu jer, korang juga dikategorikan tidak mudah membangkang, mendengar kata dan boleh dibawa berbincang. Senang cakap korang ni tak banyak bunyi, ikut jer kata dan tak banyak membantah. Apa yang best, anak berunsur tanah ni mempunyai perwatakan manis dan lembut hati. Yang tak bestnya pulak, korang suka memendam dan sensitif. Anak dengan unsur tanah ni juga tidak banyak karenah, tidak cerewet, menghormati orang lain, rendah diri dan tidak sombong. Selain tu, korang juga suka pendam rasa marah sampai satu tahap korang boleh meluap macam gunung berapi. Benda negatifnya, korang lambat dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Siapa anak dengan unsur tanah? Mana suaranya!
Baca juga artikel ini: Deadline Dah Dekat, Assignment Tak Siap Lagi! Any Tips?
Sifat anak berunsur air

Sifat anak berunsur air ialah anak kedua, keenam dan kesepuluh. Adakah korang anak berunsur air? Kalau betul, makanya korang seorang yang sentiasa tenang dan menyejukkan perasaan orang lain. Anak berunsur air ni dia buat kerja dengan teratur, teliti dan pantas. Tapi yang tak syoknya, dia ni keras kepala, sukar dilentur dan dibentuk. Maksudnya dia jer yang nak menang. Hampeh! Perwatakan anak unsur air ni dia manja, lembut hati dan sensitif. Lagi satu, mood anak unsur air ni jugak berubah-ubah. Kejap macam kucing, kejap jadi singa. Hahahah!
Sifat anak berunsur api

Ok yang ini tentang Abang Jim iaitu untuk anak ketiga, ketujuh dan kesebelas. Siapa lagi anak berunsur api? Untuk anak berunsur api ni, dia mempunyai semangat yang tinggi, kreatif dan berkobar-kobar. Korang mempunyai perasaan yang sangat teliti dan berwaspada. Tapi korang nakal sikit, suka menyakat dan mengenakan orang lain. Ehh! Sama laa..hahaha! Tapi yang tak bestnya korang panas baran dan mudah melukakan hati orang lain dan juga seorang yang kuat cemburu.
Sifat anak berunsur angin

Ok untuk anak berunsur angin ni pula untuk anak keempat, kelapan dan kedua belas. Diaorang ni mempunyai sifat mudah melembutkan hati orang lain. Manakala mood pula berubah-ubah mengikut suka hati dia jer. Tapi walaupun perangai dia macam tu, dia suka menolong orang dan boleh memberikan kerjasama. Anak keempat, ketujuh dan kedua belas ni suka buat hal sendiri dan keras hati selain suka mempamerkan perasaan sekiranya tidak puas hati.
Baca juga artikel ini: Jalan Kaki Pun Boleh Kurus. How?

Haaa! So nampak tak? Dah faham sekarang? Rasa-rasa ada persamaan tak dengan korang? Kalau Abang Jim, boleh dikatakan 90% betul. So kesimpulan kat sini, sifat tanah sesuai dengan sifat angin kerana tanah tidak banyak dipengaruhi oleh angin. Bayangkan walaupun sekuat mana angin, tanah tetap teguh. Air pula sangat sesuai dengan api. Sifat api yang panas membara dapat dipadamkan dengan air. Tapi kadang-kadang api juga mampu memanaskan dan mempengaruhi air.

Kat sini angin tidak sesuai dengan api sebab kedua-dua unsur ni pasti banyak menemui masalah dalam hubungan sebab dua-dua sifatnya keras hati dan tak nak mengalah. Angin pula sentiasa akan marakkan api. Tanah pun sangat sesuai dengan api sebab api mampu dipadam dengan tanah, tapi api juga mampu membakar tanah. Kat sini tanah dan air adalah pasangan yang sangat sepadan.