Rasa Gemuruh Sampai Tak Tahu Nak Buat Apa? Alaaa Senang Jer. Ikut Cara Berikut

Asal nak exam jer gemuruh, dia punya neves tu tuhan jer tahu. Zaman Abang Jim dulu, malam sebelum nak exam tu dah start menggigil. Punya laa takut nak ambil exam esok pagi tu. Kawan-kawan Abang Jim yang lain, abang tengok relex jer. Siap esok tu nak exam, diaorang boleh pergi karok ok! Ntah apa laa yang diaorng baca ek?

Korang macam Abang Jim ke atau macam kawan-kawan abang tu? Haaa! Untuk korang yang ada masalah dengan gemuruh ni, kat sini Abang Jim nak kongsikan beberapa tips macam mana korang nak atasi rasa gemuruh. Tak kisah laa gemuruh waktu nak exam ke, waktu nak dating ke, masa nak jumpa lecturer ke. Korang boleh praktikkan ok benda ni.

Baca juga artikel ini: Sukar tidur? Cuba amalkan tip berikut untuk atasi masalah tidur malam korang

Pernafasan

Korang boleh lakukan pernafasan sehingga 30 kali iaitu pastikan nafas yang disedut hingga ke pusat dan tahan selama 7 saat dan hembuskan kembali. Bagi memastikan nafas disedut dalam-dalam, maka cuba gunakan tangan kanan pegang dibahagian dada dan tangan kiri di bahagian pusat. jika tangan korang terasa bergerak , maka korang telah berjaya melakukannya. Ok do it now!

Persediaan dan latihan amat diperlukan

Jika korang takut untuk berucap atau temu duga korang boleh berlatih bercakap di hadapan cermin. Pastikan korang sentiasa tersenyum apabila berhadapan dengan penemu duga ataupun khalayak. Jangan terlalu memikirkan mereka hanya memberikan tumpuan pada korang dan mewujudkan sangkaan  negatif pada diri korang tu. Sebenarnya mereka lebih berminat supaya korang dapat sampaikan secara baik ikut kemampuan korang tu.

Rasa gemuruh makin dilawan, makin menjadi kesannya

So, korang perlu terima dalam keadaan tenang kerana ini cara badan korang untuk memberikan respon supaya dapat buat yang terbaik . Korang just anggap rasa gemuruh tu sebagai ‘kawan’ dan bukannya lawan. Dengan cara ini korang akan dapat mengawal perasaan tersebut dengan lebih mudah lagi.

Baca juga artikel ini: 5 Persediaan Yang Wajib Untuk Pelajar Universiti Sebelum Mulakan Semester Baru.

Sematkan kata-kata positif dalam diri

Korang kena sematkan sikit kata motivasi bahawa korang yakin dan pasti boleh melakukan. Lakukan berulang-ulang dengan penuh emosi dan percaya diri. Cakap sorang-sorang pon takpe asalkan kata-kata korang tu dapat bagi semangat.

Hubungan mata

Pastikan mata korang Nampak yakin sebab ia sangat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tingkat keyakinan korang. Elakkan dari bercakap dengan keadaan yang menunduk dan juga tiada hubungan mata seolah-olah korang tu Nampak takut sangat.

Ambil wuduk

Untuk yang Muslim, korang mesti tahu bahawa air dapat menyejukkan perasaan. Niatkan dalam hati perkara yang baik mesti korang akan dibantu olehNya. Banyakkan berselawat supaya tidak gemuruh dan terhindar daripada perkara-perkara yang mendatangkan perasaan gemuruh.

Memotivasikan diri sendiri

Belajar mendisplinkan diri, motivasikan diri, yakinkan diri sendiri dalam melakukan sesuatu perkara. Belajar jadi orang yang berfikiran positif. Jangan tengok kelemahan diri malah tengok kelebihan diri sendiri untuk korang berasa lebih yakin.

Gambaran minda

Lakukan gambaran minda berulang-ulang supaya korang menyampaikan mesej kepada minda. Korang bayangkan dapat melakukan yang korang takuti itu dengan berjaya, dengan hebat sampaikan orang lain rasa kagum. So bila korang lakukan pada waktu sebenar, benda tu secara automatic akan berlaku tanpa sedar.

Cuba hypnosis

Hipnosis ialah keadaan separa sedar yang membuatkan seseorang tenang (fizikal dan mental) hingga membolehkan dia membuat perubahan kelakuan seperti dikehendakinya. Kaedah hipnosis telah diiktiraf sebagai sebahagian rawatan alternatif untuk membantu pesakit menyelesaikan masalah pada diri mereka sendiri. Kaedah ini bukan bertujuan mengambil alih rawatan moden, sebaliknya melengkapkan kaedah rawatan sedia ada bagi kebaikan pesakit. Ia sebagai rawatan alternatif asalkan mereka yakin dan percaya dengan cara yang dipilih. Yang paling penting kaedah hipnoterapi tidak menggunakan sebarang ubatan dan tiada kesan sampingan.

So sekarang korang dah faham dah macam mana kaedah nak hilangkan rasa gementar, gemuruh, neves semua tu laa. Paling penting korang kena yakin dan percaya pada diri, barulah korang jadi berani.

Read Previous

Patutlaaa Keras Kepala! Anak Nombor Dua Rupanya. Korang anak nombor berapa?

Read Next

Giler Study! Welin Punya 32 Sijil Akademik Pelbagai Jurusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × one =