Cuba perhatikan muka korang kat cermin. Ada tahi lalat tak? Kalau macam Abang Jim, abang ada 1 tahi lalat kat bahagian pipi. Korang percaya tak, kedudukan tahi lalat kat muka korang tu sebenarnya ada rahsia tersendiri yang menentukan sifat keperibadian korang.
Tahi lalat di bawah kening
Ia bermaksud korang seorang yang kreatif dan cergas. Menurut kepercayaan sesetengah individu, mereka yang mempunyai tahi lalat kat bawah kening berkemungkinan merupakan seorang yang berbakat dalam bidang seni dan sukan.
Tahi lalat di bawah kelopak mata
Kebarangkalian untuk seseorang individu itu mempunyai tahi lalat di bawah kelopak matanya adalah sangat tipis. Tapi, bagi korang yang dilahirkan dengannya, ia boleh membawa maksud yang berbeza berdasarkan kedudukannya.
Sekiranya terdapat tahi lalat di bawah kelopak mata kanan, korang mungkin memperoleh wang dan mudah untuk menjadi seorang yang kaya.
Tahi lalat pada hidung
Ia dikatakan memberi makna bahawa seseorang itu pandai menggoda dan merayu. Menurut pengamal perubatan tradisional, individu yang mempunyai tahi lalat di bahagian ini juga membawa maksud korang adalah seorang yang pemarah dan senang hilang kawalan.
Baca artikel ini: Buah ‘Stinkingtoe,’ Buah Yang Berbau Macam Kaki Busuk
Tahi lalat di pipi
Terdapat beberapa pendapat yang mengatakan bahawa individu yang mempunyai tahi lalat di pipi adalah seseorang yang comel. Hal ini dikatakan sebegitu kerana wanita yang mempunyai tahi lalat di bahagian ini sentiasa menjadi tarikan kaum lelaki. Selain itu, tahi lalat di bahagian pipi juga membawa maksud korang mempunyai kawan yang ramai meskipun korang adalah seorang pemalu.
Tahi lalat di bibir
Ia menggambarkan personaliti korang yang bijak, baik hati, peramah dan cepat mesra. Selain itu, ia bermaksud korang sangat disayangi dan disegani oleh orang sekeliling. Bukan itu sahaja, korang yang mempunyai tahi lalat ini juga dipercayai pandai berkata-kata manis dan tidak mudah menyerah kalah.
Tahi lalat di telinga
Ia merupakan petanda korang adalah seseorang yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap keluarga. Ini bermakna korang menganggap keluarga adalah kunci bagi kebahagiaan.
Tahi lalat di leher
Korang yang mempunyai tahi lalat di leher dikatakan mempunyai personaliti yang baik. Selain itu, korang juga mungkin seseorang yang kuat daya ingatan, suka membaca, sukakan cabaran dan juga rajin.
Puas hati tak? Itu merupakan antara maksud dan rahsia tentang kedudukan tahi lalat yang dapat Abang Jim dikongsikan. Bagi korang yang tidak mempercayai perkara seperti ini, anggaplah ia sebagai satu hiburan jer ok.
Baca artikel ini: Nak Jalani Hidup Sihat Bebas Kanser? Amalkan 8 Pemakanan Ini