Ada kat sini peminat buah durian macam Abang Jim? Untuk orang Asia terutamanya, buah durian dianggap sangat sedap dan menyelerakan.
Tapi untuk orang yang tak biasa dengan durian, bau durian diibaratkan seperti bau gasolin dan stokin busuk.
Tapi Abang Jim nak bagi tahu ada sejenis buah dari Jamaica dan pulau Caribbean ini baunya lagi busuk daripada durian sebab ia diibaratkan seperti bau jari kaki busuk!
Sebab baunya yang teramat busuk itulah, nama yang diberikan kepada buah tersebut ialah Stinkingtoe fruit. Uwerkk! Nak termuntah rasanya.
Kalau korang nak tahu, Stinkingtoe adalah sejenis buah dari pokok belalang India Barat (West Indian Locust/ Jatobazeiro) yang merupakan salah satu pokok terbesar di Caribbean.
Baca artikel ini: Dah Bosan Layan Drama? Cuba Korang Tonton 5 Filem Anime Terbaik Dari Jepun Ni
Sama macam durian, isi buah stinkingtoe terkandung di dalam kulit keras berwarna coklat dengan bentuk yang menyerupai ibu jari kaki. Korang boleh imagine tak bentuk dia?
Untuk dapatkan isinya, kulit buah tersebut yang setebal 5cm perlu dipecahkan menggunakan tukul besi atau batu. Selepas kulit buahnya pecah, aroma buah itu yang menyerupai bau kaki busuk akan dapat dihidu.
Isi buah stinkingtoe adalah seperti serbuk krim yang padat, dan walaupun baunya tidak menyelerakan, rasa buah tersebut adalah seperti susu dan keju.
Buah unik ini banyak digunakan untuk menghasilkan minuman dan pencuci mulut. Orang Jamaica akan membancuh isi buah dengan air, gula dan rempah. Manakala orang kat Brazil pula menggunakannya untuk menghasilkan biskut.
Stinkingtoe ada banyak manfaat kesihatan seperti tinggi kandungan karbohidrat dan rendah kalori, dan merupakan sejenis makanan pembuka selera yang mengandungi vitamin A serta zat besi.
Kajian yang dilakukan pada isi buahnya juga menunjukkan buah stinkingtoe mempunyai ciri-ciri antimikrobial, antikulat dan antibakteria.
Seperti buah-buahan lain, isi buah stinkingtoe boleh dimakan begitu sahaja. Tapi kalau korang nak makan juga, korang disarankan untuk makan sambil menutup hidung. Hahaha!
Baca artikel ini: Kebaikan Coklat Hitam Untuk Kekal Fokus