Macam yang korang semua ketahui, kanser sekarang ni dah jadi pembunuh nombor satu kat Malaysia.
Penyakit kanser dihidapi oleh semua peringkat umur tak kira sama ada korang tua atau muda. Abang Jim pun sejak-sejak masuk usia 30-an ni, dah start dah mengamalkan gaya hidup sihat, terutama sekali bab pemakanan.
Kalau dulu masa muda-muda, lebih-lebih lagi zaman waktu kat universiti, bab makan memang Abang Jim tak jaga langsung.
Tengah-tengah malam masih mencekik fast food, tak makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Bila dah berusia ni baru timbul kesedaran untuk mengamalkan gaya pemakanan sihat.
Memang wajar untuk korang mengambil langkah pencegahan sebelum dijangkiti kanser. Kalau korang nak tahu, kanser boleh dicegah jika korang mengambil makanan yang betul. Berikut merupakan lapan makanan harian yang mampu mencegah kanser.
Bunga kubis
Bunga kubis mengandungi sulforaphane, sebatian yang telah terbukti mempunyai kesan anti-kanser. Sulforaphane dilepaskan apabila bunga kubis dipecahkan semasa korang mengunyah bunga kubis. Kompaun ini bertujuan memusnahkan sel-sel kanser tertentu tanpa merosakkan sel-sel sihat korang tu.
Lobak merah
Ramai yang tidak suka memakan lobak. Walaupun lobak dianggap baik untuk penglihatan mata, penyelidikan sepuluh tahun yang lalu menunjukkan bahawa lobak juga baik terhadap beberapa jenis kanser, satu daripadanya adalah kanser prostat. Satu kajian telah dilakukan ke atas tikus yang diberi makan pengambilan lobak merah dan kajian telah menunjukkan bahawa lobak merah boleh menghentikan pertumbuhan kanser prostat. Lobak mempunyai banyak manfaat kesihatan yang lain juga dan tidak ada sebab untuk korang tidak memakan lobak merah.
Baca artikel ini: Baru Laa Handsome. Cara Penjagaan Lelaki Berambut Panjang
Avocado
Tidak ramai yang meminati buah avocado ini. Kalau korang nak tahu, avocado adalah makanan yang mempunyai begitu banyak manfaat. Avocado mempunyai nutrien tinggi, kebanyakannya antioksidan yang telah terbukti untuk mengurangkan risiko beberapa bentuk kanser. Selain itu, avokado juga mempunyai jumlah yang tinggi lemak monotaktepu sihat berbanding buah-buahan lain yang bebas lemak. Avokado sebenarnya juga boleh membantu anda menurunkan berat badan.
Brokoli
Brokoli merupakan salah satu sayur-sayuran yang baik sebagai pejuang pelbagai jenis kanser seperti kanser kolon dan kanser pundi kencing. Untuk mengekalkan nilai khasiat dalam brokoli, simpan di tempat yang segar, sejuk beku atau pra-masak. Tahap serat yang tinggi dalam brokoli juga boleh membantu sistem penghadaman korang.
Tomato
Tomato membantu badan mengeluarkan lebih lycopene iaitu fitokimia tertentu yang bermanfaat melawan kanser. Tomato juga mengandungi banyak antioksidan untuk badan korang dan sangat baik untuk merawat atau mencegah kanser prostat. Terdapat banyak cara untuk makan tomato sama ada korang boleh memakannya secara mentah atau dicampur dalam masakan selain juga sedap dibuat jus.
Walnut
Walnut adalah makanan yang terbaik untuk mencegah kanser payudara dan juga kanser prostat. Kalau korang nak tahu, walnut mengandungi omega 3 iaitu sejenis asid lemak yang memberi manfaat kepada kesihatan untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung dan mengawal paras kolestrol dalam darah. Walnut biasanya diambil sebagai sarapan pagi atau sebagai snek di waktu malam.
Halia
Kajian telah membuktikan bahawa halia berfungsi dalam menentang sel-sel kanser terutamanya kanser prostat. Selain itu, halia juga bersifat anti radang dan boleh membantu sebagai penawar terhadap mabuk. Jika korang cenderung untuk mengalami mabuk terutama ketika dalam perjalanan, makan beberapa kulit halia kering atau rebus halia dengan air untuk membuat air halia atau teh.
Bawang putih
Bawang putih dikatakan dapat menghentikan sel-sel kanser daripada membiak dan merebak. Ia juga mempunyai kesan anti-virus dan anti-bakteria yang bertindak seperti antibiotik yang boleh bekerja dengan baik terutama terhadap jangkitan kulat.
Abang Jim tahu, kebanyakkan makanan kat atas tu mempunyai rasa yang tak sedap dan bukan menjadi makanan kegemaran korang.
Tapi untuk kebaikan diri sendiri, apa kata korang mula mengambil makanan yang Abang Jim sebutkan kat atas tu sedikit demi sedikit. Lama-lama nanti ok laa.
Baca artikel ini: Tak Mampu Woi. 5 Batang Pen Paling Mahal Di Dunia