Rasakan! Tertelan Tiup Plastik Gara-Gara Nak Kurus

Adoii macam-macam hal orang zaman sekarang ni nak cantik. Sebab nak kurus punya pasal, sanggup buat tindakan yang boleh membahayakan diri sendiri. Abang Jim tak faham betul dengan orang yang terlalu obses nak jadi kurus ni. 

Kisahnya, baru-baru ni tular satu trend baru kat China cara berkesan untuk menurunkan berat badan. Caranya adalah dengan memasukkan satu tiub plastik panjang ke dalam esofagus untuk merangsang seseorang supaya muntah!

Difahamkan, seorang wanita berusia 22 tahun yang identitinya tidak didedahkan memilih untuk menggunakan cara tersebut. Tapi malangnya,  perkara buruk menimpanya apabila tiub plastik yang dijolok dengan sengaja akhirnya tersekat di bahagian kerongkong. Aduhh! Macam mana tu?

Wanita terbabit pergi berjumpa doktor dan mengadu tertelan sesuatu objek. Walau bagaimanapun, dia tidak berterus-terang dan menipu dengan mengatakan dia tertelan sebatang penyedut minuman.

Dek kerana objek berkenaan berada terlalu dalam, doktor yang merawat wanita itu segera menjalankan ujian x-ray pada esofagus pesakit tersebut. Hasil ujian mendapati, objek asing yang ditelannya bukanlah sebatang penyedut minuman seperti yang didakwa. So nak tak nak, wanita tu terpaksa menceritakan perihal sebenar.

Menurutnya, tiub plastik berukuran 1.9 sentimeter lebar dan 30 sentimeter panjang itu dibelinya dalam talian. Dia mengaku bahawa dia menggunakan alat itu untuk merangsang muntahnya sebagai cara untuk menguruskan badan.

Baca artikel ini: Makan Span Basuh Pinggan? Eeee Sedap Ke?

Gara-gara dan tertelan tiup plastik tu, bahagian bawah tiub tersebut sudah termasuk ke dalam perut wanita berkenaan sekaligus telah menekan dinding perut. Manakala bahagian atas tiub pula berada dekat dengan kotak suara.

Tiub berkenaan dilaporkan sudah berjaya dikeluarkan. Namun begitu, wanita berkenaan mempunyai beberapa ulser di dinding perut dan esofagusnya.

Tak pasal-pasal dah cedera sebab nak kurus dengan cara yang salah. Guys! Banyak lagi cara betul dan sihat untuk korang dapat bentuk tubuh yang diidam-idamkan. Bersenam dan jaga pemakanan! Nasib baik boleh keluarkan balik tiup plastik tu. Korang jangan nak memandai-mandai tiru cara ni ok!

Baca artikel ini: Giler! Jaket Daripada Kulit Manusia?

Read Previous

4 Bahasa Paling Sukar Dipelajari Di Dunia

Read Next

Lelaki Di India Hasilkan Ratusan Kereta Dengan Reka Bentuk Unik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one + 11 =