Lelaki Di India Hasilkan Ratusan Kereta Dengan Reka Bentuk Unik!

Tak semua orang dilahirkan dengan bakat untuk mencipta sesuatu. Abang Jim sendiri pun tak pasti apa bakat yang Abang Jim ada. Tidur? Hahaha! Kisahnya, kat India ada seorang lelaki dikenali sebagai Sudhakar Yadav telah menjadi popular sebab kemahirannya dalam mencipta kereta.

Bukan kereta biasa-biasa tau, tapi kereta yang mempunyai pelbagai bentuk unik dan melucukan! Sehingga kini, dia dah menghasilkan sekurang-kurangnya 700 buah kereta dengan pelbagai reka bentuk menarik.

Sudhakar melakukan hobi luar biasanya sejak berusia 14 tahun lagi dan sekarang dia telah menghasilkan kereta berbentuk pelik termasuk bentuk helmet, bola, kamera dan banyak lagi.

Lebih menarik, semua kereta yang dihasilkan itu dibenarkan untuk bergerak di jalan raya. Wah! Bayangkan tiba-tiba ada helmet beroda kat atas jalan, mesti kelakar!

Baca artikel ini: Bawak Lesung Batu ke? Kenapa Beg Tangan Perempuan Berat?

Dia juga telah membuka sebuah muzium yang dinamakan Muzium Kereta Sudha bagi menempatkan koleksi kereta yang dihasilkan.

Muzium tersebut kini menerima 1,000 pengunjung setiap hari. Apa yang menariknya, Sudhakar menghasilkan kereta uniknya hanya daripada barangan terbuang.

Setiap kereta yang menelan belanja sekitar RM4,942 hingga RM7,413. Malah dia pernah menyertai pameran di seluruh India.

Disebabkan dia sangat menyayangi kesemua koleksi kereta unik yang dia ada, Sudhakar mengatakan dia tidak akan menjual koleksi keretanya itu.

Memang sangat unik koleksi reka bentuk kereta yang dihasilkan Sudhakar tu. Sampaikan Abang Jim sendiri tak tercapai dek akal pernah terfikir reka bentuk unik kereta-kereta tersebut.

Baca artikel ini: Baru Laa Handsome. Cara Penjagaan Lelaki Berambut Panjang

Read Previous

Rasakan! Tertelan Tiup Plastik Gara-Gara Nak Kurus

Read Next

Suntik Minyak Dan Alkohol Sebab Nak Badan Macam Incredible Hulk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seven + seventeen =