Abang Jim memang tak nafikan fesyen pakaian dari masa ke masa memang menjadi semakin pelik. Kadang-kadang ada yang langsung tak masuk akal.
Kadang-kadang seni yang cuba dipertengahkan oleh pereka memang tak terfikir dek akal dan langsung tak boleh diterima oleh pihak yang masih berfikiran waras.
Contohnya macam jaket yang diperbuat daripada kulit manusa. Kalau difikir secara waras, ia memang suatu hasil kerja yang gila!
Mungkin pada sesetengah pereka berpendapat, ia cuma satu sentuhan seni yang disampaikan dalam bentuk pakaian. Tapi sejujurnya, Abang Jim rasa benda ni dah melampaui batas dan melangkaui akal manusia itu sendiri.
Sebelum ini, pernah tular di media sosial berkenaan fesyen baju yang kelihatan seperti baju orang miskin di mana rekaannya penuh dengan lubang selain kainnya yang kelihatan begitu lusuh.
Tetapi, ia dijual dengan harga yang mahal sekali. Bila dipersoalkan, mereka dalam bidang ini akan cakap itulah fesyen. Kalau macam tu, Abang Jim pun boleh reka pakaian macam ni.
Baca artikel ini: Baru Laa Handsome. Cara Penjagaan Lelaki Berambut Panjang
Untuk jaket yang diperbuat daripada kulit manusia itu pula, sebenarnya ia bukanlah daripada kulit manusia sebenar
Jaket itu diperbuat daripada bahan getah, dan dibentuk menyerupai kulit manusia. Idea untuk mencipta jaket itu timbul berdasarkan kisah benar, iaitu tentang seorang pembunuh bersiri bernama Ed Gein.
Mentang-mentang makin ramai yang boikot pakaian yang diperbuat daripada kulit haiwan, kulit manusia pula yang menjadi pilihan pereka fesyen. Hahaha.
Ed Gein ni cukup terkenal sebagai pembunuh kejam di AS. Mangsa yang dia bunuh, kulitnya akan disiat dan dijadikan pakaian kulit, termasuk perabot seperti sofa dan lampu tidur. Memang kejam!
Jaket tersebut diberi nama Serial Killer. Dengar nama pun dah seram! Ia dijual pada harga yang begitu mahal iaitu sekitar RM6,000 sehelai. Persoalannya, ada ke yang sanggup pakai?
Kalau bagi kat Abang Jim free pun, Abang Jim tak nak.
Baca artikel ini: Sotong Pun Ada? 10 Rekaan Kasut Tak Masuk Akal