Makan Span Basuh Pinggan? Eeee Sedap Ke?

Biasanya kalau orang tengok makanan yang pelik semacam jer, kompem-kompem dah takde selera nak makan terus. Tapi lain pulak pendekatan yang diambil oleh seorang chef kat sebuah restoran ni apabila dia menghasilkan makanan yang memberi bayangan ilusi kotor dan menjijikkan.

Paham tak macam mana tu? Contoh kalau dia buat kek, kek tu bentuk jamban siap ada najis lagi. Tapi itu adalah kek sebenarnya Cuma ia disampaikan dalam bentuk menjijikkan. Kalau korang nak makan tak?

Chef tersebut, Ben Churchill tak sama macam chef lain. Kalau chef lain masing-masing berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan makanan yang dihidangkan dengan cantik dan mewah. Tapi dia?

Baca artikel ini: Bosan Ke Dok Umah? Cer Try Belajar Buat Ukiran Halus Indah Pada Buah Avocado

Antara juadah yang dia hasilkan ialah manisan yang dibentuk menyerupai span pencuci pinggan. Siap ada buih-buih sabun lagi guys. Lagi dia ada menghasilkan kek berbentuk bekas habuk rokok siap dengan putung rokok lagi.

Feedback yang dia dapat daripada pelanggan, rata-rata berasa geli nak makan, tapi bila dah rasa, ternyata kek dan manisan yang dia hasilkan tu memang sangat sedap. Kalau nak makan kena pejam mata laa jawabnya tak boleh bayang. Nanti tak lalu nak makan.

Sebab karyanya yang pelik tu, dia telah mengumpul sehingga 61,000 orang pengikut dalam laman Instagram. Korang boleh pergi check Insta dia kat gambar-gambar yang Abang Jim share nanti ok.

Baca artikel ini: Bawak Lesung Batu ke? Kenapa Beg Tangan Perempuan Berat?

View this post on Instagram

Olive oil sponge, apple puree, lemon foam

A post shared by Ben Churchill (@chefbenchurchill) on

Read Previous

Giler! Jaket Daripada Kulit Manusia?

Read Next

Biar Betul? Racun Lebah Buatkan Kulit Kelihatan Lebih Muda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

thirteen + 4 =