Abang Jim selalu tanya soalan ni, kenapa perempuan kena guna beg tangan? Korang perasan tak orang perempuan ni suka bawak beg tangan yang besar-besar.
Terfikir juga apa yang mereka bawak dalam beg tu? Kenapa berat? Abang Jim ada bertanyakan pada kawan abang yang perempuan. Katanya, guna beg tangan yang besar senang nak letak banyak barang. Ok jom kita tengok apa barang yang orang perempuan masukkan dalam beg tu.
Bila selongkar beg tangan perempuan, korang akan jumpa purse yang saiznya juga agak besar.

Kat dalam purse tu korang akan jumpa pula banyak kad-kad bank yang tak tahu laa ada berapa juta duit dalam bank.
Resit-resit zaman sekolah rendah dulu tak payah cakap. Sayang nak buang sebab kenangan katenyer!
Benda lain yang korang akan jumpa ialah handphone. Kalau laki masuk poket jer dah settle. Perempuan tidak yer.
Baca artikel ini: Sotong Pun Ada? 10 Rekaan Kasut Tak Masuk Akal
Sebab tu kalau kita call dia, 15 juta tahun kemudan baru angkat call. Next, dah ada phone kena bawak charger. Tak tahu laa dia nak cucuk tang mana nanti. Standby jer kot.

Lepas tu wajib kena ada tisu basah atau wet tisu. Senang nak cuci mekap kat toilet mall. Lepas dah buang mekap tak nak touch up balik ke? Of course laa kena ada mekap. Lepas tu ada pen kat dalam beg berserta dengan buku nota kecil. Nak catat apa Abang Jim pun tak tahu.

Paling best korang akan jumpa banyak kertas katalog daripada pelbagai brand yang diaorang kutip dari mana ntah contoh macam katalog Avon, Mary Kay dan lain-lain.
Kalau korang selongkar lagi, korang akan jumpa pulak kunci rumah dan kunci kereta. Kalau bernasib baik, korang akan jumpa pulak botol air dan gula-gula yang diaorang sendiri tak ingat bila diaorang beli.

Itu kalau beg tangan perempuan bujang yer. Kalau yang dah kahwin lain pulak isinya. Banyak barang anak kecil dalam beg dia.
So tambahan kat sini korang akan dapat botol susu yang dah siap dibancuh airnya. Standby kot-kot baby melalak, sumbatkan ajer botol susu.
Lepas tu ada satu set baju anak takut-takut kalau tengah bershopping tu, si baby tiba-tiba poopoo. Ada makanan anak dalam Tupperware dia dan beg untuk simpan ubat atau sabun anak.

Rasa-rasa logik tak kenapa beg orang perempuan ni besar bukan main? Kadang-kadang orang lelaki nampak jer berjalan lenggang-kangkung, tapi barang-barang dia semua tumpang kat dalam beg tangan perempuan. Mana beg orang tu tak macam poket Doraemon. Hahahaha!
Baca artikel ini: Memang Gempak! Remaja Vietnam Hasilkan Motosikal dan Kereta Daripada Kadbod