Aduhhh! Macam-macam perangai manusia ni. Sanggup buat benda giler sebab nak kepuasan diri. Kalau Abang Jim, mau sejuta kali fikir sebelum bertindak kalau ia melibatkan nyawa.
Sekarang ni yang lelaki terutamanya remaja memang masing-masing nak dapat badan sado. Berketul sana berketul sini.
Biasanya orang yang nak dapatkan body sado ni dia akan berusaha gigih pergi ke gym, buat senaman berat, berdiet dan ambil makanan tambahan.
Tapi seorang lelaki dari Brazil ni telah ambil jalan mudah untuk dapatkan otot sado. Lelaki tersebut, Romario Dos Santos ingin memiliki potongan badan persis watak hero popular, Incredible Hulk. Dia sanggup menyuntik alkohol dan minyak masak ke dalam anggota badannya.
Biarpun terpaksa mempertaruhkan nyawanya, tapi apa yang dia lakukan tu memang berbaloi selepas kedua-dua lengannya mengembang sehingga 63.5 sentimeter selepas disuntik.
Keinginan dia untuk ada otot yang besar tercetus lepas dia pindah ke Caldas Novas, Brazil. Kat sana, majoriti lelaki kat situ bertubuh sasa. So sebab tak nak kalah, dia pun tekad untuk membina ototnya.
Dari situ, dia mula diperkenalkan dengan sejenis dadah sintetik yang mampu mengubah otot lengannya menjadi besar dan berketul-ketul.
Baca artikel ini: Memang Gempak! Remaja Vietnam Hasilkan Motosikal dan Kereta Daripada Kadbod
Romario mengakui, mula-mula dia berasa takut sebab mungkin tindakan tu akan mempengaruhi kesihatannya. Tapi bila dia dah nampak kesan positif, dia menjadi semakin berani dan yakin. Walaupun telah memiliki tubuh idamannya, dia tetap mendapat kritikan daripada penduduk setempat.
Ada satu haritu, seorang wanita datang dan memarahinya. Sebab mendakwa bentuk badannya tu menyebabkan anaknya menjadi takut kerana badannya menyerupai seekor raksasa.
Walaupun ramai yang kritik, tapi ramai juga yang memuji bentuk badannya yang dikatakan unik. Tapi Romario masih belum berasa puas. So cara untuk buatkan ototnya kelihatan lebih keras, dia suntik alkohol dan minyak kat lengannya.
Tapi benda tu dia buat sekejap jer sebab isterinya suruh stop. Sebab lengannya menjadi semakin besar dan kelihatan sangat menakutkan.
Hurmm. Korang yang kat luar sana tu, tolong laa jangan buat benda yang pelik-pelik. Tak sayang nyawa ke?
Bukan apa, Abang Jim cakap macam ni sebab tak nak korang menderita suatu hari nanti semata-mata untuk dapatkan bentuk badan yang korang idamkan tu.
Sebab tabiat buruk tu, doktor telah sahkan Romario mula mengalami masalah kesihatan lepas kedua-dua buah pinggangnya telah rosak. Romario mula stop suntik minyak dan alkohol pada lengannya dan dia cuma melakukan senaman biasa di gym untuk mengekalkan otot sedia ada.
Hurmm tak pasal-pasal dapat penyakit. Korang jangan laa buat benda merepek. Kalau yer pun nak dapat body sado, bukan dengan cara suntik minyak. Pergi gym dan jaga makan!
Baca artikel ini: Cinta punya pasal, Corona pun Coronalah, janji Dapat Buktikan Cintaku Padamu