Eeee! Muka Helok Tapi Nafas? Nak Termuntah! Apa Nak Buat Nie!

Korang ni semua dah besar panjang tau. Tapi bab menjaga kebersihan? Allahu! Pakai nak cantik, nak lawa. Tapi lepas buka jer mulut rasa nak pengsan! Abang Jim cukup alergik betul dengan orang yang tak reti nak jaga kebersihan mulut sampai bercakap, nafas tu cukup ‘wangi’!

Tolong laaa. Yang lelaki muka hensem, yang perempuan pulak muka kemain lawa. Tapi nafas masing-masing bau ikan kering. How laaa?

Kalau kita hulur gula-gula suruh dia makan, nanti dia fikir lain pulak. Kalau kita berterus terang nanti takut kecik hati. Haishh! So kat bawah ni Abang Jim nak bagi antara tip yang korang boleh buat untuk atasi masalah bau mulut.

Takde laa nanti nak bercakap dengan pensyarah mulut tu bau kepam!

Penjagaan gigi yang betul

Gosok gigi! Tapi pastikan korang gosok gigi dengan cara yang betul. Masa berus gigi tu jangan lupa gosok sekali lidah dan gusi korang. Sebab kat situ biasanya tempat bakteria banyak melekat dan jadi punca nafas berbau. Abang Jim dah 2-3 kali campak berus gigi housemate abang ke dalam tong sampah sebab berus gigi diaorang tu dah serupa macam berus jamban! Korang kena tukar berus gigi sekerap mungkin, atau sekurang-kurangnya sebulan sekali ok.

Jangan biarkan mulut kering

Mulut kering boleh sebabkan nafas korang tu berbau. Minum air kosong dengan kerap supaya mulut korang tu tak kering. Kalau jenis mulut cepat kering tu, selalulah bawa botol air ke mana-mana sahaja ok.

Baca artikel ini: Nak Jalani Hidup Sihat Bebas Kanser? Amalkan 8 Pemakanan Ini

Sentiasa bawa gula-gula

Kunyak gula-gula kalau korang dah dapat hint bahawa mulut korang tu busuk! Korang juga boleh kunyah gula-gula getah. Lagi bagus kalau korang makan gula-gula mint yang berangin tu.

Elak makanan berbau seperti bawang

Banyak makanan yang boleh menyebabkan nafas korang berbau. Seperti bawang, petai, jering dan durian! Walaupun sedap, tapi kalau nafas korang tu boleh buatkan orang lain meninggal, so better you stop. Boleh jer makan, tapi lepas tu sila gosok gigi.

Bunga cengkih

Kunyah bunga cengkih. Walaupun rasanya tak sedap kalau dikunyah, tapi sekurang-kurangnya bunga cengkih tu dapat tutup aib korang tu. Tak mampu nak kunyah bunga cengkih? Makan gula-gula Hacks yang kaler hitam tu. Nafas akan rasa segar.

Jintan putih

Kunyah jintan putih sama seperti cengkih. Nafas korang akan berbau segar dan tak menyakitkan hidung orang lain.

Buah pelaga

Kunyah buah pelaga sampai minyaknya keluar. Kemudian ludah. Nafas korang akan wangi. Jangan telan!

Daun pudina

Kunyah atau makan daun pudina. Kebanyakan flavour ubat gigi atau gula-gula getah mengandungi pudina. Nafas korang akan berbau segar macam baru lepas gosok gigi.

Air rebusan daun sireh

Kalau korang gigih, korang boleh try benda ni. Ambil beberapa helai daun sireh dan rendam dalam segelas air panas. Biarkan suam dan masukkan sesudu madu. Minum air tersebut. Ia akan bantu memberi kesegaran pada nafas korang.

Sekarang ni dah tahu dah cara nak buatkan nafas korang tu berbau segar? Muka jer harap cantik, tapi nafas bau… hurmmm… Malas Abang Jim nak cakap. Kang kata mulut abang ni jahat pulekkk.

Baca artikel ini: Jangan Termenung Lagi! 9 Bisnes Student Boleh Buat Untuk Tambah Income

Read Previous

Alaaa Gebunyer! Tips Nak Gemukkan Kucing Kesayangan

Read Next

Binatang Peliharaan Yang Korang Boleh Bela Kat Asrama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × three =