5 Manfaat Pisang Untuk Kecantikan Kulit Wajah

Semua orang pernah makan pisang. Tapi Abang Jim percaya, tak ramai yang tahu bahawa pisang bukan sahaja membekalkan tenaga, tetapi juga baik untuk kulit. Kulit pisang menempatkan nutrien dan antioksidan yang boleh melakukan keajaiban kepada kulit wajah korang.

Dari merawat mata bengkak sehinggalah membantu memudarkan parut jerawat. Kali ni Abang Jim nak bongkar 5 sebab mengapa pisang boleh menjadi penyelamat kulit wajah korang.

Kesan anti-penuaan

Pisang, juga dikenali sebagai botox semulajadi sebab ia mengandungi nutrien melawan kedut yang membantu memudarkan tompok penuaan dan mencegah garis-garis halus dan kedutan kat wajah korang tu. Ditambah pula dengan bahan-bahan dapur melawan kedut lain, dengan perlahan-lahan korang boleh menyuburkan, mengelupas dan melindungi kulit korang daripada berkedut. Caranya mudah jer, gosok kulit pisang pada kulit wajah korang dan biarkan selama 30 minit atau semalaman. Basuh muka dan gunakan pelembab wajah. Ulang 3 kali seminggu.

Pemutih gigi

Kulit pisang masak diperkaya dengan kalium yang boleh membantu mengurangkan kesan kuning pada gigi yang muncul akibat daripada pengambilan minuman tertentu seperti kopi dan teh. Caranya, berus gigi korang seperti biasa dengan menggunakan ubat gigi dan kumur. Ambil bahagian dalam kulit pisang dan sapukan pada gigi korang selama 2 minit. Kumur gigi korang sekali lagi dan ulang setiap hari. Hasilnya gigi korang akan menjadi semakin putih.

Merawat jerawat

Kulit pisang mengandungi vitamin C, vitamin E dan ia juga mengandungi kalium, zink, besi dan mangan. Nutrien ini boleh mengurangkan masalah keradangan pada kulit dan mengurangkan jerawat… Tambahan pula, kulit pisang mengandungi lutein dan karotenoid yang merupakan sebatian larut lemak yang membantu melawan keradangan dan jerawat. Korang boleh terus sapu bahagian dalam kulit pisang pada jerawat korang untuk kurangkan jerawat. Selain tu, korang juga boleh jadikan pisang sebagai masker. Caranya, lenyek pisang dan campurkan dengan madu dan kunyit. Sapu pada wajah dan biarkan selama 10 minit. Bilas sehingga bersih. Kaedah ini juga membantu untuk mencerahkan kulit korang.

Baca artikel ini: Bentuk Muka vs Personaliti

Mencerahkan bintik hitam

Kulit pisang mempunyai tahap antioksidan dan kalium yang tinggi dan membantu menyembuhkan luka. Ia juga membantu dalam mencerahkan warna kulit dan boleh digunakan untuk menghilangkan lingkaran gelap pada mata korang. Gosok kulit pisang ke atas kawasan berparut atau gelap setiap hari. Basuh dengan kain lembap. Korang akan mula lihat parut dan bintik-bintik hitam hilang.

Pelembab Kulit

Pisang kaya dengan kalium dan kelembapan untuk membantu melembapkan kulit kering dan menjadikannya lembut dan gebu. Jika kulit korang mengelupas, pakai masker pisang pada muka korang. Caranya, hancurkan pisang masak dengan menggunakan garfu dan sapukan pada muka korang. Elakkan daripada menyapu pada kawasan di sekeliling mata dan mulut. Bilas dengan air sejuk selepas 10 hingga 15 minit dan nikmati rasa lembut pada kulit.

Senangkan? Modal yang diperlukan tidaklah mahal selain ia selamat untuk digunakan kerana bebas daripada bahan kimia. Abang Jim harap tip yang Abang Jim kongsikan ni dapat membantu korang untuk mendapat kulit yang sihat dan berseri. Cuba tau!

Baca artikel ini: Biar Betul? Racun Lebah Buatkan Kulit Kelihatan Lebih Muda

Read Previous

Memang Betul-Betul Pelik! Hobi Suka Berlakon Jadi Mayat

Read Next

Fesyen Simple Budak Kat Universiti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

six − 1 =