Kalau Hilang Menangis Tak Berlagu Woi! 5 Utas Jam Tangan Paling Mewah Di Dunia

Abang Jim mengaku abang bukan jenis orang yang suka pakai jam tangan. Bukan sebab apa. Kalau abang ada 10 utas jam, semua tu akan hilang.

Tapi Abang Jim tak ralat sangat pun kalau hilang jam tangan. Semua jam tangan Abang Jim tu bel ikat pasar malam jer. RM10 satu. Hahaha!

Tapi cuba bayangkan kalau jam tangan Abang Jim yang hilang tu nilainya mencecah jutaan ringgit. Haiyooo!! Boleh kena sakit jantung ok. So untuk edisi kali ni, Abang Jim nak bercerita tentang 5 utas jam tangan paling mahal di dunia!

Patek Philippe Geneve

Jam Patek Philippe ini merupakan antara jam yang termahal yang pernah terjual di Switzerland. Dengan harga yang mampu mencecah sehingga RM47 juta, jam ini bukanlah seperti kebanyakan aksesori mewah lain di luar sana. Jam Patek Philippe Geneve ni mempunyai keunian tersendiri iaitu ia mempunyai kalendar abadi konograf. Hanya 218 unit jam jenis ini sahaja pernah dihasilkan di seluruh dunia.

Baca artikel ini: Baru Laa Handsome. Cara Penjagaan Lelaki Berambut Panjang

Graff Diamonds Hallucination

Memegang rekod harga jam termahal di dunia, jam tangan Graff Diamonds Hallucinations ini mampu mencecah RM235.4 juta. Jam ni lebih tertumpu buat golongan wanita. Sebabnya, jam tangan ni mempunyai gelang yang diperbuat daripada platinum ini dihiasi berlian pelbagai bentuk dan warna.

Graff Diamonds The Fascination

Jam The Fascination ini turut dikeluarkan oleh syarikat pembuat jam yang sama seperti jam tangan Graff Diamonds Hallucinations di atas. Menduduki tempat kedua di dalam carta jam tangan termahal dunia, aksesori ini mampu mencapai harga sehingga RM171.2 juta. Jam tangan ni dihiasi berlian putih 152.96 karat yang jarang ditemui. Jam The Fascination ini juga mampu berubah menjadi bentuk cincin yang sangat sesuai dijadikan hadiah lamaran buat pasangan kekasih.

Jacob & Co. Billionaire Watch

Jam yang berasal dari New York ini merupakan hasil keluaran daripada Syarikat Jacob & Co. Berharga RM77 juta dan panjangnya yang mencecah 58 sentimeter, aksesori ini mempunyai kelebihan mekanisme pergerakan skeleton manual winding caliber JCA609 dan Tourbillon. Selain itu, jam tangan ini juga dihiasi emas putih dan berlian berbentuk zamrud di atasnya.

Chopard 201-Carat Watch

Jam tangan yang dihiasi dengan pelbagai jenis berlian ini mampu mencecah harga sehingga RM107 juta. Meskipun muka jamnya agak kecil, namun, berlian yang mengelilinginya amatlah bernilai dan mampu menarik mata sesiapa sahaja yang terlihatnya. Selain itu, tiga berlian berbentuk hati di tengah jam ini juga mampu terbuka dan berbentuk seperti kelopak bunga apabila terkena cahaya matahari.

Mampu tak? Cer korang check akaun bank masing-masing. Hahah! Alaaa kalau jam mahal sampai harga berjuta, tapi kalau korang jenis tak menepati masa, baik korang buang jer jam tangan korang tu. Sebab masa itu emas!

Baca artikel ini: Tak Mampu Woi. 5 Batang Pen Paling Mahal Di Dunia

Read Previous

Biar Betul? Racun Lebah Buatkan Kulit Kelihatan Lebih Muda

Read Next

Parodi COVID-19 Beauty and the Beast Mencuit Hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five + 2 =