Pergh! Lain Macam Bentuk Topeng Penutup Mulut Tema Gundam Ni

Sejak dunia diancam oleh wabak coronavirus, penutup hidung dan mulut telah menjadi salah satu ‘pakaian’ wajib bagi ramai orang termasuklah Abang Jim sendiri. Topeng hidung dan mulut yang biasa kelihatan tidak menarik dan kurang bergaya. 

Terbaru, seorang artis Jepun telah terpanggil untuk menghasilkan topeng muka berinspirasikan watak anime popular, Mobile Suit Gundam. Bunyi macam menarik jerkan? Pengguna Twitter atas nama @ gekidan2264 yang merupakan seorang pembina model dan pembuat perisai robot anime berkongsi karyanya itu di Twitter di mana dia memakainya dengan bangga di tempat awam ketika wabak Covid-19.

Dalam gambar-gambar yang dikongsikan, kelihatan dia sedang memakai topeng penutup mulut dan hidung yang berbentuk seperti perisai robot Gundam yang berwarna warni dengan bentuk yang gempak dan bergaya.

Walaupun penutup mulut dan hidung yang dihasilkan hanya menggunakan kertas dan disambungkan dengan pita pelekat, ia kelihatan cukup kukuh.

Baca artikel ini: Eeee! Muka Helok Tapi Nafas? Nak Termuntah! Apa Nak Buat Nie!

Lelaki tersebut juga menghasilkan topengnya secara berulang-ulang kali di mana ada ciptaannya yang gagal dan tidak praktikal apabila struktur binaannya menyukarkan pemakai.

Menarik memang menarik, tapi daripada segi fungsi sebenarnya untuk menapis unsur asing berkesan ke? Hahaha!

Nak bergaya boleh, tapi pastikan keselamatan diri korang pun terjamin juga yer.

Baca artikel ini: Biar Betul? Racun Lebah Buatkan Kulit Kelihatan Lebih Muda

Read Previous

Haiwan bermaharajalela di Jalanan Semasa Tempoh Kuarantin

Read Next

Bentuk Muka vs Personaliti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 + 11 =