Semua orang masing-masing memang mengidamkan kulit wajah yang sihat dan cantik. Tak kira laa sama ada lelaki mahu pun wanita.
Macam Abang Jim ni, dulu kulit muka memang hauk. Jerawat batu sana sini. Tapi tu dulu laa waktu zaman belajar. Sekarang ni dah ok sikit lepas buat beberapa kali. rawatan wajah.
Macam-macam cara tersendiri sama ada moden atau tradisional korang boleh buat untuk dapatkan kulit yang cantik. Antaranya dengan menggunakan racun lebah.

Untuk pengetahuan korang, Duchess of Cambridge iaitu Kate Middleton antara yang menggunakan kaedah kecantikan menggunakan racun lebah ini.

So tak mustahil ibu kepada dua orang cahaya mata ni memiliki kulit yang sangat cantik sehingga menimbulkan rasa ingin tahu masyarakat.
Baca artikel ini: Giler! Jaket Daripada Kulit Manusia?
Ada laporan mengatakan bahawa, Kate membayar sekitar AS$325 (RM1,300) untuk satu sesi bagi menjalani rawatan wajah menggunakan racun lebah.

Racun lebah sebenarnya mempunyai banyak khasiat yang sangat baik untuk kulit wajah, walaupun ia berbisa. Terdapat bukti melalui kajian yang dijalankan bahawa racun lebah secara aktif dapat mengurangkan dan melambatkan proses penuaan. So dengan racun lebah tu, kedutan kat kulit wajah korang akan dapat dihilangkan.
Bila rahsia kecantikan Kate ni terbongkar, maka ramailah orang-orang muda berebut-rebut nak buat rawatan serupa iaitu dengan menggunakan racun lebah.

Selain tu, rawatan wajah menggunakan racun lebah juga mampu menegangkan otot muka. Bahkan racun lebah juga dapat meningkatkan peredaran darah pada wajah.
So tak hairanlah wajah Kate selalu jer nampak cantik setiap masa. Korang berminat ke nak cuba? Jaga-jaga yer. Takut korang guna racun yang palsu pulak. Tak pasal-pasal nanti muka korang bengkak macam belon. Abang Jim tak tahu. Hahahah!
Baca artikel ini: Bawak Lesung Batu ke? Kenapa Beg Tangan Perempuan Berat?