Bentuk Muka vs Personaliti

Kalau tenung cermin, pernah tak korang mempersoalkan bentuk muka korang? Kenapa bulat, kenapa tak bujur?

Bohong kalau kata tak ada. Abang Jim sendiri pernah rasa tak puas hati dengan bentuk muka sendiri. Biasalah, manusia mana pernah puas dengan apa yang dia ada.

Tapi kalau nak tahu, perangai dan personaliti korang tu boleh diketahui hanya dengan bentuk muka tau. Sama ada bulat, bujur, petak dan lain-lain lagi.

Bujur sireh / telur

Bentuk muka bujur sireh atau bujur telur ni pun diibaratkan bentuk muka special. Mostly perempuan memang nak bentuk muka macam ni. Orang yang ada bentuk muka macam ni biasanya mempunyai aura positif dan ada ciri-ciri seorang kepimpinan. Tapi jarang lak Abang Jim jumpa lelaki ada bentuk muka bujur sireh ni ek. 

Selain tu, orang yang bentuk mukanya bujur sireh ni sentiasa bekerja keras, bijak menangani masalah kewangan dan bersikap gigih yang luar biasa. Tapi yang tak bestnya, orang berwajah bujur sireh ni suka bermain dengan emosi dan cepat marah. Takut!

Baca artikel ini: Pergh! Lain Macam Bentuk Topeng Penutup Mulut Tema Gundam Ni

Bulat

Orang yang berwajah bulat ni selalu dikaitkan dengan faktor tembam. Bahasa kasarnya gemuk. Ehh! Tapi comel laaa tak yah nak ambil hati sangat. Orang yang ada muka bulat ni biasanya akan kelihatan awet muda. 

Pastu orang berwajah bulat ni selalu diberi tanggapan innocent dan flawless. Dah laa comey, sebab tu orang selalu panggil mereka yang berwajah bulat ni dengan gelaran ‘baby face’. 

Tapi, disebalik kecomelan orang berwajah bulat ni, korang jangan pandang rendah pada diaorang ok. Sebabnya, diaorang adalah seorang pembuat keputusan yang matang, bertanggungjawab dan boleh dipercayai. Orang yang ada wajah bulat ni juga selalu gembira bila dapat bantu orang lain. 

Lagi, orang berwajah bulat ni selalu mesra, so tak hairanlah mereka mudah membina hubungan. Tak pelik laa orang akan cepat mesra dengan seseorang yang berwajah bulat ni.

Bersegi

Orang yang bentuk wajahnya bersegi ni, mukanya kelihatan berbentuk seperti empat segi. Orang yang wajahnya bersegi ni lebih agresif daripada segi emosi. Orang yang ada wajah bersegi ni seorang yang aktif dan gemarkan aktiviti yang berkaitan dengan sukan dan bercita-cita tinggi serta memiliki daya ingatan yang tajam. Selain itu, orang yang muka dia bersegi ni agak lembab dalam urusan cinta. Oooppss!

Segi tiga / berlian

Muka bentuk segi tiga atau berbentuk berlian ni sangat jarang ditemui. Orang yang bentuk mukanya segi tiga ni mempunyai rahang yang lebar dan dahinya sempit seperti bentuk segi tiga. Mesti korang imagine muka orang segi tiga ni menjengkelkan dan menakutkan. Betul tak? Tapi, orang berwajah segi tiga ni sifatnya mesra. Ekspresi matanya sangat kuat dan mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang sangat baik.

Bentuk hati

Tak boleh bayangkan orang yang bentuk muka hati ni acaner ek? Apa yang Abang Jim tahu, orang yang ada bentuk muka hati ni mempunyai sifat mesra dan idealistik. Kalau korang dekat dengan orang yang ada muka bentuk hati ni, korang akan rasa selesa. Orang dengan wajah berbentuk hati ni, bentuk mukanya bulat, tetapi pipinya kelihatan lebih menonjol apabila tersenyum. Lagi, pemilik muka bentuk hati ni mempunyai sifat karisma, kreatif, rajin dan mempunyai kekuatan dalaman yang kuat. Berkawan dengan orang yang ada bentuk hati ni lebih menyenangkan.

Sekarang pergi tengok muka masing-masing kat cermin. Jangan korang renung pulak cermin kat umah tu sampai retak. Tak kisah laaa bentuk muka korang macam mana sekali pun, bersyukur jer ada muka. Bayangkan kalau korang tak ada muka? Hahaha!

Baca artikel ini: Haiwan bermaharajalela di Jalanan Semasa Tempoh Kuarantin

Read Previous

Pergh! Lain Macam Bentuk Topeng Penutup Mulut Tema Gundam Ni

Read Next

Memang Betul-Betul Pelik! Hobi Suka Berlakon Jadi Mayat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 − 11 =