Fesyen Simple Budak Kat Universiti

Abang Jim memang suka betul perhatikan fesyen dan style budak-budak kat universiti. Ada yang tampil seadanya.

Tak kurang juga yang tampil glamour mengalahkan retis! Padahal nak ke kelas jer pun. Mostly yang jadi mangsa ialah pelajar perempuan. Yang lelaki senang jer nak ke kelas. Pakai baju semalam pun takde siapa perasan.

Seluar

Budak-budak universiti terutamanya lelaki selalu akan sarung seluar jeans jer. Korang boleh menggunakan seluar jeans tapi jangan terlalu ketat! Nampak tak elok untuk korang yang paha berisi. 

Untuk yang perempuan, jika nak mencuba nasib, boleh gayakan dengan baju yang panjang dan labuh. Untuk jeans yang selamat, korang boleh menggunakan jeans seperti yang jenis str8 cut. Tapi ada universiti yang tidak membenarkan pelajar memakai seluar jeans ke kelas. Bagi yang ingin nampak feminin tapi malas nak menggayakan skirt, korang boleh mencuba seluar seperti palazzo yang kelihatan seperti skirt tetapi sebenarnya seluar. Seluar macam ni pun lebih selesa daripada skirt tetapi masih nampak ayu!

Skirt

Sebenarnya ramai yang tak suka pakai skirt kat universiti ni. Alasannya sebab leceh nak jalan dengan skirt, jika tak nak leceh, pilih skirt yang ringan dan nipis! Tapi jangan terlalu nipis sehingga nampak lutut tau! Jika dah bosan dengan skirt hitam ataupun baju kurung, korang boleh cuba untuk menggayakan skirt labuh bercorak floral. Nampak classy dan sesuai untuk ootd korang!

Baca artikel ini: Bentuk Muka vs Personaliti

Baju

Siapa yang dah bosan pakai T-shirt gi kelas? Korang juga boleh memakai kemeja ataupun blouse ke kelas. Jika nak nampak casual korang boleh gayakan dengan seluar jeans dan sneakers. Kalau korang ada presentation, cuba gayakan blouse dengan seluar slack ataupun skirt. Seeloknya dapatkan baju berlengan panjang dan bukannya sehingga siku sahaja, baju berlengan panjang ni lebih selamat di universiti walaupun agak panas! Jangan takut untuk mendapatkan baju dengan warna yang terang. warna seperti biru dan merah akan membuat korang kelihatan yakin dan ceria semasa presentation!

Jaket

Jaket ataupun kardigan sesuai digunakan jika korang ingin menggunakan baju berlengan pendek . Ataupun jika kelas korang sangat sangat sejuk! Bomber jaket, kimono kardigan dan jaket denim adalah jaket yang korang akan selalu nampak di universiti, mungkin sebab banyak pelajar yang malas nak pilih T-shirt jadi mereka pakai je jaket ataupun kardigan. Korang juga boleh mengenakan blazer untuk menunjukkan ciri-ciri eksklusif korang tu. Nampak laa bergaya sikit yer dok?

Kasut

Nak cakap pasal kasut pula kali ni, bagi pendapat Abang Jim, lebih baik dapatkan kasut sukan ataupun balet flat sahaja! Sebab selalunya kat universiti ni banyak berjalan dan kasut tumit tinggi atau high heels tak digunakan dan tidak sesuai sangat. Nak pakai, tunggu hujung semester. Masa tu ada annual dinner. Haa! Korang bergaya laa pakai heels waktu tu.

Beg

Dapatkan beg yang besar untuk ke kelas! Jika tak nak beli beg baru, guna je beg laptop korang. Tapi siapa yang nak dapatkan beg khas untuk universiti, dapatkan beg yang boleh memuatkan buku-buku korang tu! Tapi biasanya budak-budak universiti sekarang bawak beg kosong jer. Sebab masing-masing menyalin nota kat dalam fon jer sekarang ni.

Baju Batik

Pemakaian batik adalah jalan yang selamat untuk kelihatan menarik, anggun dan eksklusif. Silap haribulan, orang tertukar korang dengan pensyarah. Abang Jim sarankan untuk setiap pelajar memiliki sekurang-kurangnya sehelai atau sepasang baju batik kerana baju batik sesuai dipakai untuk mana-mana event.

Tak salah pun korang nak bergaya sakan masa pergi kelas. Ikut citarasa masing-masing. Asalkan pakaian korang tu masih mematuhi peraturan universiti, korang pakai jer laa apa yang korang nak. Heheh.

Baca artikel ini: Eeee! Muka Helok Tapi Nafas? Nak Termuntah! Apa Nak Buat Nie!

Read Previous

5 Manfaat Pisang Untuk Kecantikan Kulit Wajah

Read Next

5 Filem Romantik Komedi Yang Wajib Korang Tonton Semula

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen − 3 =