Kucing ni sama macam manusia beb. Masing-masing ada personaliti dan sifat yang berbeza. Kalau manusia mungkin personaliti seseorang tu dinilai daripada segi tarikh lahir, waktu kelahiran, warna mata, warna kulit dan sebagainya, kucing pulak dinilai melalui warna pada bulu mereka.
Abang Jim ni agak-agak korang personaliti Abang Jim macam mana ek? Kalau korang kenal Abang Jim, mesti korang tak cayer Abang Jim ni sebenarnya seorang yang tersangat laaa manis. Hahahaha! Pitam. Takdek laaa, Abang Bob ni biasa-biasa jer. Kulit tak cerah tak gelap. Badan sedap-sedap orang kata. Tak tinggi sangat, tak jugak rendah. So korang nilailah sendiri.
Bercakap bab personaliti kucing ni, meh Abang Jim nak bongkar personaliti kucing mengikut warna bulu mereka. Korang yang ada kucing kat rumah tu, dah boleh start kot perati perangai kucing masing-masing.
- Calico

Kucing calico ni ialah kucing yang dimana warna dasar bulunya berwarna putih dan ada dua tompokan warna yang berbeza. Kucing calico mempunyai banyak personaliti yang boleh berubah dan memberi kejutan kat pemiliknya. Kebiasannya kucing berbulu calico ni sangat aktif, suka bermain dan mempunyai perasaan ingin tahu yang sangat kuat. Korang nak tahu tak, kucing berbulu calico ni biasanya kucing betina. Tiada kucing calico jantan. Kala yada pon, kucing tersebut mempunyai masalah system reproduksi.
- Tortoiseshell

Sama macam kucing calico, tortoiseshell ni ialah kucing tompok dimana warna dasarnya ialah hitam. Kucing tortoiseshell adalah teman yang paling setia walaupun personalitinya sering berubah ubah. Sama seperti calico, kucing tortoiseshell hanya ada kucing betina. Kucing ini selalunya pemalu dan mejauhkan diri dengan orang yang tak dikenali. Tapi bila hubungan mula tercipta dengan kucing ini, ia akan mencurahkan kasih sayang yang tak berbelah bahagi. Kat korang.
- Piebald atau dua warna

Kucing piebald ialah kucing yang tak mempunyai warna dasar putih pada bulunya dan ditambah dengan tompok warna yang lain. Contoh macam kucing yang ada belang seperti kucing tabby. Kucing macam ni mempunyai personaliti yang stabil tapi berubah-ubah. Kadang-kadang, kucing macam ni sangat penyayang dan memerlukan perhatian yang lebih dari korang. Kadangkala ia menjauhkan diri apabila korang cuba mendekatinya.
- Kucing oren

Kucing oren memang sangat penyayang dan sweet. Kucing oren ni lebih cenderung untuk berbunyi apabila mahukan perhatian, belaian dan kata-kata manja.
Dalam semua jenis kucing, kucing yang berwarna oren sentiasa peramah dan seringkali membenarkan sesiapa sahaja membelai mereka sebab sangat mesra!
- Kucing hitam

Baca juga artikel ini Kucing Jantan Atau Betina, Siapa Yang Lagi Manja?
Cakap pasal kucing hitam ni tiba-tiba teringat kat Atok. Banyak mitos dan kepercayaan anggap kucing hitam ni sebagai pembawa nasib malang. Tapi, kucing hitam cenderung menjadi pemalu, tetapi sangat penyayang. Jika korang ada kucing hitam, korang akan perasan sesuatu yang berbeza antara kucing korang yang lain. Kucing hitam lebih sensitive berbanding kucing yang lain.
- Kucing kelabu

Secara keseluruhannya, kucing kelabu mempunyai personaliti yang sangat menyeronokkan, menghiburkan hati, nakal dan penuh kasih sayang. Kucing kaler kelabu ni akan membenarkan korang sentuh dan belai dia tanpa kehilangan sifat semulajadinya.
- Kucing putih

Tak disangkal lagi kucing putih mempunyai personaliti yang kompleks dan sukar untuk difahami. Selalunya kucing putih ni akan memgambil masa dan kesabaran dalam membentuk hubungan dengan korang. Kira kekwat jugak laa. Tapi Bila dah berjaya, kasih sayangnya terhadap korang akan kekal sampai bila-bila. Kucing putih ni dianggap pemalu, menjauhkan diri dan kasar terhadap orang yang tak dikenali. Berbeza dengan orang yang dia kenal, kucing putih akan jadi kucing yang sangat setia.
Haaa..So sekarang korang dah faham dah personaliti kucing ni? Kalau kucing korang garang, tak manja, tengok laa bulu dia dulu. Maka korang akan tahu personaliti kucing korang hanya berdasarkan bulunya sahaja.
Baca juga artikel ini Sebab kenapa kucing benci air?