Comelnya Awak! 10 Baka Kucing Paling Menawan Di Dunia

Meow..meow..meow..Korang suka kucing tak? Memang rugi siapa yang takut kucing. Hahaha! Min mengaku dulu min takut sangat dengan kucing sebab kena cakar. Tapi sebab kucing ni comel sangat, min beranikan diri dan sekarang min dah tak takut dah! 

Kalau korang ada bela kucing, kucing jenis apa yang korang ada? Kadang-kadang kucing kampung sekalipun kalau korang pandai jaga, grooming elok-elok pun boleh jadi cantik setaraf dengan kucing mahal tau! So kali ni min nak senaraikan 10 baka kucing paling cantik di dunia.

  • Ragdoll
Blue eye Ragdoll cat

Kucing jenis Ragdoll ini berperwatakan lemah lembut dan manja. Salah satu sifat unik kucing cantik ini adalah telinga dan ekornya yang berwarna hitam. Kucing ini terkenal memiliki bulu yang lembut, penyayang, dan merupakan kucing yang akan sentiasa mengekori korang ke mana sahaja yang korang akan pergi termasuk ke tandas! Yang bestnya, kucing jenis ni jenis setia dan akan sentiasa menunggu korang kat depan pintu waktu balik dari kerja. Jangka hayat kucing Ragdoll ini ialah 14 tahun.

  • Russian Blue
Gray blue Russian cat

Berasal dari pelabuhan Arkhangelsk, Rusia. Nama lain kucing ini adalah Archangel Blues kerana warna bulunya silver kebiruan. Karakter lain kucing ini adalah matanya yang berwarna hijau. Kucing jenis ini dapat dilatih untuk menjadi pemburu yang handal untuk menangkap haiwan lain seperti burung, arnab dan haiwan reptilia kecil. Russian Blue adalah salah satu kucing yang juga popular untuk dijadikan haiwan peliharaan karana mereka suka bermain dan bulunya yang tidak tebal sehingga tidak memerlukan rawatan khas. Selain itu mereka cukup sensitif terhadap emosi pemiliknya.

  • Savannah
Savannah Cat

Selain menjadi salah seekor kucing paling cantik di dunia, kucing jenis Savannah juga salah seekor kucing termahal di dunia. Kucing ini merupakan campuran dar bakai kucing domestik dengan kucing liar Afrika. Kucing jenis ini memiliki kemampuan melompat yang luar biasa iaitu sehingga mencecah 2.43 meter tinggi. Walaupun memiliki penampilan seperti seekor kucing yang garang, tapi kucing jenis Savannah ini sangat manja jika korang telah memelihara dan biasa bermain dengannya.

  • Ashera
Leopard pattern Ashera

Memiliki penampilan yang agak sama dengan kucing Savannah. DNA kucing ini juga dikatakan mirip dengan DNA kucing Savannah, namun corak unik dari kucing ini membuat pencinta kucing menyebutkan bahawa mereka adalah kucing yang berlainan. Kucing Ashera sendiri berasal daripada baka kucing domestik, kucing Asia Leopard, dan Kucing Afrika yang akhirnya menghasilkan seekor kucing cantik yang memiliki bulu menyerupai Leopard.

Sama seperti kucing Savannah, Ashera dapat dijual dengan harga yang sangat mahal.

  • Abyssinian
Reddish Abyssinian Cat

Abyssinia adalah nama asal bagi sebuah negara yang kini dikenali sebagai Ethiopia. Alasan mengapa kucing ini sering disebut-sebut sebagai salah satu kucing tercantik dunia adalah karana penampilannya yang mirip dengan Kucing Mesir iaitu badannay yang lentur, bertelinga runcing, kaki yang kurus dan bulunya yang pendek berwarna merah coklat. Kucing ini termasuk dalam kategori kucing yang bijak. Kucing ini memiliki sifat ingin tahu yang tinggi dan suka berjalan-jalan ke merata-rata tempat. Walaupun begitu kucing Abyssinian termasuk sebagai kucing penakut kalau dia jumpa dengan orang yang tidak dikenali. 

  • Scottish Fold
Fold ear scottish cat

Keunikan kucing ini adalah terletak pada telinganya yang kecil dan berlipat. Kucing Scottish Fold ini memiliki telinga berlipat adalah kerana faktor genetiknya. Pada awalnya anak kucing Scottish Fold memiliki telinga yang lurus namun apabila menjadi dewasa, telinganya mula menjadi terlipat. Kucing ini mempunyai jangka hayat yang cukup Panjang iaitu selama 15 tahun. Kucing ini mempunyai suara yang halus dan kecil. Comelnya!

  • Turkish Angora
Blue and green turkish eye cat

Kucing Turkish Angora adalah jenis kucing Turki tertua di dunia namun kecantikan mereka tetap bertahan hingga ke hari ini. Menurut sejarah, kucing ini sudah wujud sejak tahun abad ke-16. Nama dari kucing ini berasal dari daerah asal mereka iaitu di bahagian pusat Turki iaitu di wilayah Angora. Daya tarikan kucing ini ialah warna bulunya yang sangat putih dan semua itu disebabkan oleh mutasi oleh gen W. Uniknya, warna mata kucing ini dikatakan dapat menentukan pendengar mereka. Jika terdapat salah satu warna mata kucing ini yang berwarna biru, maka itu bermakna telinga di bahagian mata itu pekak. Terdapat kes dimana kedua mata mereka berwarna biru yang menandakan kedua-dua telinganya tidak dapat mendengar. Jika matanya berwarna hijau dan biru, itu menandakan kucing tersebut mempunyai pendengaran yang baik. 

  •  American Short Hair
American Breed cat

Kucing ini dikatakan berasal dari Eropah dan dibawa ke Amerika oleh para pendagang. Penjagaan kucing ini juga tidak terlalu sukar sebab korang tidak perlu memikirkan masalah bulu yang harus dicukur. Selain itu American Short Hair juga tergolong dalam kategori kucing yang pintar dan manja untuk dijaga. Kucing ini mempunyai jangka hayat antara 15 tahun hingga 20 tahun. 

  • Maine Coon
Big cat maine coon

Adalah salah satu baka kucing tertua yang berasal dari Amerika Utara. Kucing ini juga dikenali dengan nama American Longhair. Sifat fizikal kucing ini menjadikan ia kucing terbesar di dunia dengan ukuran berat badan yang dapat mencapai 13 kilogram. Maine Coon mencapai usia dewasa ketika umurnya adalah 3 hingga 4 tahun. Maine Coon termasuk sebagai salah satu kucing yang ramah kerana kucing ini dapat bersosial dengan baik termasuk dengan haiwan lain seperti anjing. Sifat kucing ini juga mirip seperti anjing dan akan mengekori korang dari satu ruangan ke ruangan lain untuk bermain. Lapisan bulu kucing ini memiliki kemampuan kalis air, sehingga kucing ini termasuk sebagai kucing yang tahan terhadap cuaca sejuk.

  • Kucing Persian
White Persian cat

Kucing Persian dipercayai berasal dari negara Parsi. Kucing ini mempunyai sifat peribadi yang tenang dan pendiam. Kucing jenis ini juga merupakan kucing yang paling popular untuk dijadikan haiwan peliharaan. Kucing ini mempunyai bulu yang tebal. Untuk memelihara kecantikan bulu kucing ini, korang perlu selalu memandikannya. Menariknya, kucing ini mempunyai 80 jenis warna dan warna matanya juga pelbagai iaitu biru tua, biru kehijauan dan coklat.

Read Previous

Susah Nak Mati! 10 Exam Paling Sukar Di Dunia

Read Next

Tak Jemu ke makan kentang goreng selama 32 tahun?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twelve + 11 =