Tak Mampu Woi. 5 Batang Pen Paling Mahal Di Dunia

Korang ada tak perangai kawan-kawan yang suka meminjam pen, lepas tu buat macam harta sendiri tak reti nak pulangkan? Yer laa, kalau 10 kali pinjam, 10 kali juga laa pen kita tu kena rembat. Tak guna betul. Ingat minta free jer kat kedai?

Kalau sekali tak apa, ni dah sejuta kali dok buat perangai yang sama. Nak marah kang, kecik hati pulak member tu. Tapi kalau dah dibiarkan, makin menjadi-jadi pulak.

Menyakitkan hati betul. Katakanlah sebatang pen harga RM2, kalau 10 batang hilang? Haiyooo! Nangis. Hahaha!

Tapi, walaupun harga sebatang pen baru RM2, duit jugak tu. Bayangkan kalau harga pen ratus ribu, juta-juta? Memang ada pun. Ni Abang Jim nak dedahkan harga beberapa batang pen paling mahal di dunia.

Baca artikel ini: Buah ‘Stinkingtoe,’ Buah Yang Berbau Macam Kaki Busuk

Pen Limited Edition Boheme Papillon

Harga: AS$230,410 (RM982,076.54)


Pen Limited Edition Boheme Papillon direka sebagai tanda rasa kagum dengan ciptaan semula jadi iaitu rama-rama. Rekaan dan ukiran yang ditonjolkan cukup mengkagumkan dengan warna putih, kuning dan emas mawar bertahtahkan 1,400 butir berlian dan sapphire. Wow memang ada kelasss!

Pen La Modernista Diamonds

Harga: AS$265,000 (RM1,129,509.50)

Pen La Modernista Diamonds ini pernah mencatat rekod sebagai pen paling mahal di dunia pada tahun 2001 dan disenaraikan di dalam Guinness Book Of Records. Pen ini direka oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di Switzerland, Caran D’ache. Pen ini bagaimanapun berjaya dijual di sebuah acara lelongan dan telah dibeli oleh seorang individu yang dirahsiakan identitinya.

Pen Caran d’Ache Gotica

Harga: AS$406,453 (RM1,747,747)

Pen Caran d’Ache Gotica dibuat dari 892 butir berlian seberat 7.10 karat dan 72 emerald serta 72 rubie dan bernilai lebih RM1.7 juta. Pen Gotica ini dibuat di China sempena sambutan Gothic art and architecture.

Pen Mystery Masterpiece

AS$730,000 (RM3,139,000)

Pen Mystery Masterpiece yang dihasilkan oleh Mont Blanc and Van Cleef & Arpels Limited Edition bernilai lebih RM3.1 juta. Kerjasama dua syarikat ini dengan gabungan tiga orang pakar berjaya menghasilkan pen dalam tiga edisi iaitu Emerald, Sapphires dan Rubies.

Pen Aurora Diamenter Fountain

AS$1,470,600 (RM6,323,580)

Pen Aurora Diamente Fountain memiliki harga lebih RM6.3 juta. Diasaskan sejak tahun 1919, jenama Aurora merupakan pengeluar pen pertama di Itali. Pen ini bertahtah 30 karat berlian De Beers dan batang pen ini dibuat dari platinium.

Baca artikel ini: 5 Wabak Pernah Melanda Dunia Sebelum COVID-19

Read Previous

Tamak! Tempah 1,900 Tempat Duduk Kat Stadium. Tapi Last-Last…

Read Next

Sotong Pun Ada? 10 Rekaan Kasut Tak Masuk Akal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × 4 =