4 Antara Kanak-Kanak Paling Kaya Di Dunia

Wang ringgit tidak boleh membeli kebahagian tetapi mampu untuk menjadikan hidup dengan lebih mudah dan seronok. Korang setuju tak dengan apa yang Abang Jim cakapkan tu?

Ramai yang kata macam tu, tapi ramai juga yang memang teringin nak jadi kaya. Kalau korang dah memang dilahirkan dalam keluarga kaya-raya, bersyukur jer laa.

Kat sini Abang Jim nak senaraikan empat orang kanak-kanak cilik yang memiliki kekayaan berjuta-juta ringgit.

Sebahagian daripada mereka memiliki kekayaan dengan usaha sendiri walaupun dengan bantuan ibu bapa.

Puteri Charlotte of Cambridge (5 Tahun)

Gelaran kanak-kanak terkaya jatuh kepada Puteri Charlotte dengan anggaran RM20.7 bilion. Puteri Charlotte merupakan anak perempuan kepada Duke and Duchess of Cambridge iaitu Prince William dan Kate Middleton. Penilaian terhadap kekayaan Puteri Charlotte kebanyakannya disebabkan oleh pengaruhnya dalam industri fesyen.

Baca artikel ini: Tak Mampu Woi. 5 Batang Pen Paling Mahal Di Dunia

Putera George of Cambridge (7 Tahun)

Putera George of Cambridge atau nama penuhnya George Alexander Louis merupakan abang kepada Puteri Charlotte of Cambridge. Anggaran kekayaan Putera George of Cambridge ialah RM12.4 bilion.

Blue Ivy Carter

Ibu dan bapa kanak-kanak ini adalah kuasa besar dalam industri muzik iaitu Jay Z dan Beyonce. Blue Ivy Carter mempunyai anggaran kekayaan sebanyak RM4.14 bilion. Nilai bersih Blue Ivy didorong oleh nilai jenamanya yang semakin meningkat.

Ryan

Siapa tidak mengenali Ryan? Seorang kanak-kanak yang telah meraih keuntungan hanya dengan membuat kajian semula permainan baru dan bermain dengannya dalam saluran Ryan Toysreview. Salurannya kini mempunyai lebih daripada 17 juta pengikut. Anggaran nilai kekayaan Ryan adalah sebanyak RM45.5 juta.

Seronokkan jadi kaya. Korang pun boleh kecapi kemewahan macam dorang tu kalau korang ada impian dan semangat. Usaha keras tu yang penting. Amboii! Cakap pandai ek. Hahahah!

Baca artikel ini: Sotong Pun Ada? 10 Rekaan Kasut Tak Masuk Akal

Read Previous

Baru Laa Handsome. Cara Penjagaan Lelaki Berambut Panjang

Read Next

Nak Jalani Hidup Sihat Bebas Kanser? Amalkan 8 Pemakanan Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 + 13 =