Memang Gempak! Remaja Vietnam Hasilkan Motosikal dan Kereta Daripada Kadbod

Memang kreatif betul sekumpulan remaja kat Vietnam ni. Abang Jim betul-betul kagum dengan usaha dan kreativiti yang diaorang buat ni. Tak semua orang mungkin dikurniakan dengan bakat untuk menghasilkan sesuatu tau. Anak-anak muda kat sana telah berjaya menghasilkan rekaan motosikal berkuasa tinggi dan kereta mewah daripada material kadbod.

Gara-gara rekaan mengkagumkan yang diaorang buat tu, telah menjadikan mereka popular di laman sosial.

Kumpulan remaja tu kebanyakannya datang daripada keluarga yang miskin. Tapi disebabkan masing-masing mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu, so diaorang sepakat untuk menghasilkan sendiri motosikal dan kereta dengan sentuhan hasil yang membanggakan.

Walaupun diaorang hanya menggunakan material terpakai seperti kotak kadbod, tapi serius guys, hasil yang diaorang dapat memang betul-betul gempak!

Kat bawah ni Abang Jim ada kongsikan video macam mana diaorang cipta sendiri motosikal dan kereta bermula daripada kerangka menjadi motosikal berkuasa tinggi dan kereta sport mewah.

Mungkin pada korang hasil rekaan yang dibuat sekumpulan anak muda Vietnam ni nampak kelakar, tapi sekurang-kurangnya diaorang berbakat dan bercita-cita tinggi.

Baca artikel ini: Buah ‘Stinkingtoe,’ Buah Yang Berbau Macam Kaki Busuk

Untuk menghasilkan motosikal berkuasa tinggi tu, diaorang mengambil inspirasi daripada motosikal jenama Ducati. Manakala untuk kereta sport pula, diaorang mengambil idea inspirasi daripada kereta mewah Lamborghini.

Video pembinaan motosikal dan kereta kadbod tu yang dimuatnaik dalam saluran YouTube NHET TV telah mendapat jumlah tontonan mencecah ratusan ribu viewers.

Rata-rata pengguna laman sosial kat situ telah meninggalkan komen positif dan memberi sokongan supaya anak-anak muda tersebut terus menghasilkan rekaan yang hebat!

Korang, adik-adik Abang Jim kalau ada bakat dan kreativiti, jangan malu-malu nak mencuba. Biarlah gagal sekali pun, tak apa.

Sebab korang kena ingat, gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya tau. So teruskan usaha ok.

Baca artikel ini: Kelakar Habis! ‘Hi Everything’ Jadikan Gadis Filipina Ini Terkenal

Read Previous

Pekerjaan Paling Bosan Di Dunia. Ada Ke Yang Sanggup Bekerja Macam Michael?

Read Next

Tau Cuak! Wartawan Sedang Buat ‘Live’ Kecut Perut Didatangi Bison. Kelakar Habis!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen − 8 =