Tau Cuak! Wartawan Sedang Buat ‘Live’ Kecut Perut Didatangi Bison. Kelakar Habis!

Siapa yang tak cuak beb kalau tiba-tiba ada binatang liar dekat dengan kita. Kalau Abang Jim laa kena, Mau kecut perut, nak-nak kalau binatang tu dikategorikan sebagai berbahaya. Haaa! Macam tu laa perasaan yang dialami oleh seorang wartawan ni sewaktu sedang membuat laporan berita baru-baru ini.

Wartawan tersebut, Deion Broxton yang sedang membuat laporan berita tekad untuk melarikan diri dengan riak wajah melucukan selepas dihampiri bison.

Pada mulanya, Broxton kelihatan teragak-agak untuk beredar, tapi akhirnya dia terpaksa akur untuk melarikan diri selepas sekumpulan bison tu mula menghampirinya.

Baca artikel ini: Buah ‘Stinkingtoe,’ Buah Yang Berbau Macam Kaki Busuk

Jangan buat pasal beb, sekali dia rodok korang, mau terburai isi perut tau! Masa kejadian tu, Broxton yang merupakan seorang wartawan dari agensi berita NBC di Montana sedang membuat liputan kat Taman Negara Yellowstone.

Korang boleh tengok aksi cuak Broxton kat video bawah ni:

Berdasarkan video yang tular tu, kalau korang tengok masa kejadian Broxton sedang bercakap kat depan kamera.

Tapi keadaan dia nampak sedikit terganggu. Masa dia sedang bercakap, tiba-tiba pandangan mata dia terarah pada sekumpulan bison dengan riak wajah yang cukup cuak.

Sambil berkata “Oh my god… oh my god… ” lelaki tu akhirnya beredar dengan segera dan mengemas peralatannya sebab takut disondol dengan haiwan besar itu.

Dalam satu temubual, Broxton bagitahu dia sudah lebih 20 kali membuat laporan kat kawasan sama dan selalunya, bison-bison itu tidak akan menghampiri manusia.

Tapi wartawan tu beranggapan, mungkin sebab COVID-19 dan kawasan tu tidak ada pengunjung, maka bison-bison tu lebih berani untuk keluar.

Apa yang membuatkan Broxton cuak bila salah seekor bison tu tiba-tiba memandangnya dengan tajam sebelum berlari anak ke arahnya.

Haishh! Kalau Abang Jim laa yang kena, jangan kata sebelum bison tu pandang kat abang, nampak bison dari jauh pun Abang Jim dah cabut lari dulu. Memang idok laa nak cari pasal.

Baca artikel ini:
Memang Gempak! Remaja Vietnam Hasilkan Motosikal dan Kereta Daripada Kadbod

Read Previous

Memang Gempak! Remaja Vietnam Hasilkan Motosikal dan Kereta Daripada Kadbod

Read Next

Tamak! Tempah 1,900 Tempat Duduk Kat Stadium. Tapi Last-Last…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

thirteen − 6 =