Baru-baru ni korang perasan tak tular perkataan ‘Hi Everything’ sampai jadi ikutan ramai orang kat media sosial. Abang Jim pun terikut-ikut sama tau sebab rasa kelakar sangat sampaikan perkara tu jadi heboh terutamanya dekat TikTok.
‘Hi Everything’ tu jadi popular sebab ada sorang gadis dari Filipina bernama Ericka Camata telah menyebut perkataan hi everything dengan yakin apabila memulakan video.

Sepatutnya perkataan yang betul ialah hi everyone. Dah tak pasal-pasal semua orang berasa geli hati dan pecah perut sebab Ericka kelihatan begitu yakin dan lucu.
So sejak daripada itu, hi everything tu terus melekat sebagai panggilan kepada gadis Filipina itu. Merata-rata kat media sosial orang menggunakan perkataan ‘hi everything’.
Baca artikel ini: Topeng Aneh Dan Menyeramkan Untuk Korang Yang Jenis Tak Kisah
Bukan itu jer tau, dalam satu video lain pulak, Ericka ada menjelaskan tentang apa itu wabak Coronavirus dalam Bahasa Inggeris yang sukar untuk difahami!
Macam biasa laa guys, tahap keyakinan dan sikap selambanya masa bercakap telah membuatkan netizen kagum dan terhibur serta geli hati melihat aksinya yang kelakar!
Lagi membuatkan netizen pecah perut bila dia dengan yakin berkata bahawa, wabak Coronavirus digelar COVID-19 sebab umur virus tersebut berusia 19 tahun! Hahahah!
Tapi korang jangan terkejut tau. Rupa-rupanya Ericka ni seorang yang berbakat tau! Sebuah video nyanyiannya turut tular sampai membuatkan netizen memuji vokalnya yang merdu dan mantap!
So rata-rata netizen mula meluahkan rasa tidak percaya bahawa gadis Filipina itu bukan jer kelakar secara semula jadi, tetapi juga seorang yang berbakat.
Baca artikel ini: Takut Terkena Jangkitan Pada Mesin ATM? Cuba Ikut Kaedah Ni