Mencuri Sebab Stress. Pemandu Trak Curi 5,800 Buah Tempat Duduk Basikal Sejak 25 Tahun Lalu

Walaupun Dak Biol ni berperangai cam orang tak betul, Dak Biol sendiri tak buat benda-benda aneh macam seorang lelaki kat Jepun ni. Tak tahu laa Dak Biol sama ada nak ketawa ke menangis bila baca kisah seorang pemandu trak ni.

Kat Jepun baru-baru ni, seorang lelaki telah ditangkap kerana didakwa atas kesalahan mencuri. Oklah itu memang dah dikira satu kesalahan sebab mencuri.

Masalahnyer, yang dia curi tu bukannya duit atau barang-barang berharga. Tapi dia telah didapati mencuri sebanyak 5,800 buah tempat duduk basikal yang dikumpul sejak 25 tahun lalu!

Baca juga artikel ini: Fesyen Apa Ni Weh?! Pakai Kostum Ketat Untuk Hilangkan Stress?

Dia nak bukak kedai jual tempat duduk basikal ke sampai curi banyak macam tu? Sebelum ni Dak Biol dapat tahu, ada sorang lagi lelaki kat Jepun gak, pun ditangkap atas kesalahan serupa iaitu mencuri sebanyak 159 buah tempat duduk basikal.

Suspek tu, Hiroaki Suda yang berumur 57 tahun merupakan seorang pemandu trak, telah ditangkap pada 13 Februari lalu selepas sebuah kamera CCTV berjaya merakam kelakuannya sedang mencuri tempat duduk basikal. Bukan sebuah basikal, tapi dua sebab basikal tu ada kat sebelah-sebelah. Tamak. Padan muka kau!

Baca juga artikel ini: Kreatif!! Pisang Jadi Kanvas Lukisan

Harga setiap satu tempat duduk basikal tu pun boleh tahan juga iaitu sekitar 8,000 Yen atau RM322.80 bagi setiap satu. Patut laaa kena rembat! Harga satu tempat duduk basikal tu pun dah ratus-ratus weii! Kat Malaysia tak penah lak jadi kes macam ni ek? Tu bermakna orang Malaysia lagi baik daripada Jepun. Right?

Kejadian tu berlaku di parking basikal berdekatan dengan sebuah stesen keretapi Higashiosaka dekat wilayan Osaka.

Masa dalam tahanan polis tu, Suda bagitahu dia telah mula mencuri tempat duduk basikal sejak lebih 20 tahun lalu. Sejak tu, dia menjadi seakan ketagih untuk ‘rembat’ tempat duduk basikal untuk dijadikan koleksi. Apebende laa perangai ko ni!

Masa kena soal siasat, lelaki tu cakap dia telah melakukan kecurian tempat duduk basikal hampir hampir di seluruh pelusuk daerah dekat Jepun. Dia kata, dia curi bukan sebab nak jual balik. Tapi untuk suka-suka dan menghilangkan stress selepas penat bekerja. Lama-lama tabiat tu dah jadi satu habit sampaikan dia ketagih untuk terus mencuri tempat duduk basikal.

So lepas kerja jom mencuri tempat duduk basikal! Yeayyy! Betul la, orang yang tertekan ni sanggup buat apa jer asalkan dia rasa puas. Tak dapat rompak bank, dapat curi tempat duduk basikal pun jadi laa. Korang jangan jadi pencuri pulak ea. Mana tahu tengah stress study, tiba-tiba timbul pulak idea yang bukan-bukan. Abang ni walaupun orang panggil Biol, tapi abang masih waras lagi ok!

Read Previous

Kucing Bergaduh! Apa Nak Buat Ni?

Read Next

Buah ‘Stinkingtoe,’ Buah Yang Berbau Macam Kaki Busuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen − two =